Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Tetapi aku mengakui bahawa beliau adalah satu-satunya orang yang membuatkan aku berminat untuk mengenali dunia internet dengan lebih mendalam sejak aku membeli bukunya. Buku yang penuh dengan motivasi berjaya merangsang aku untuk terus membuat duit di internet mengikut platform dan acuan aku sendiri. Kini, aku sudah mampu senyum melihatkan diri sendiri, orang melayu lelaki yang boleh buat duit dengan menggunakan internet walhal 5-6 tahun yang lepas aku adalah orang yang tidak tahu apa itu internet dan tidak mahir berbahasa inggeris. Jadi, tidak salah aku katakan beliau antara orang yang memecahkan rasa gundah gulana dalam hati ini untuk terus menceburi bidang buat duit dalam internet.
Siapakah beliau? Ya, beliau adalah Irfan Khairi. Lelaki Melayu Boleh pilihan blog OhMelayu pada bulan April ini. Seorang anak muda yang aku kira pada masa kini masih mampu mengekalkan kekacakan beliau dan masih mampu untuk terus menjana jutaan ringgit melalui platform internet dan macam-macam cara lagi. Belum lagi dengan jualan e-book pertama beliau yang semakin mendapat perhatian orang ramai.

Jika dulu kita dimomokkan bahawa buat duit dengan internet adalah satu mitos yang mencurigakan, tetapi kini ianya bukan lagi satu lagenda yang kita tidak patut percaya. Pukul rata, kita sudah lihat ramai orang yang berjaya menjadi seperti Irfan Khairi dan mampu menjana pendapatan melalui internet walaupun dari sudut dan dimensi yang berbeza. Sesungguhnya, walaupun ini mungkin bukan datangnya direct dari Irfan tetapi aku akui tempiasnya melanda ke seluruh orang melayu boleh di Malaysia. Aku yakin Irfan Khairi turut mempunyai semangat melayu boleh yang kukuh dihati beliau dan mahu membuktikan bahawa orang melayu boleh menghasilkan duit dari internet.
Jadi, sebagai seorang lelaki melayu boleh di Malaysia, aku juga mahu jadi berjaya seperti Irfan Khairi dan aku harap kita semua pun boleh berjaya dan mencapai matlamat masing-masing. Jika korang mahu berjaya, siapakah orang yang kau orang mahu contohi atau mahu kau orang cabar untuk jadi bos terakhir?
Kredit gambar dari blog Irfan Khairi.


2 Responses to “Lelaki Melayu Boleh pada Bulan April: Jutawan Irfan Khairi”
Leave a Reply