EasyAd aXverta Advertising


Gadis Melayu Boleh pada Bulan April: Nicol Ann David

Ingatkah kau orang kepada seorang gadis yang dulunya lincah bermain squash yang bernama Nocal Ann David? Aku yakin bahawa ramai dikalangan gadis-gadis melayu boleh mengenali beliau kerana Nicol Ann David adalah Ratu Squash Negara kita dan tidak malu aku katakan beliau adalah gadis melayu boleh pada bulan April  ini yang dipilih oleh blog OhMelayu ini. Jadi, jika ada yang bertanyakan siapakah Nicol Ann David. Ada juga yang kene siku balik dari aku nanti..

Secara jujurnya, aku tidak ambil peduli pun tentang beliau 10 tahun dahulu kerana aku tidak begitu mengenali tentang sukan Squash. Tetapi apabila aku sendiri mencuba sukan tersebut ketika aku dimatrikulasi, ternyata ianya agak berbeza dan aku terfikir bagaimana Nicol mampu menjadi Juara Dunia dan mempertahankan kejuaraannya lebih dari 10 tahun.  Fuh, sejak menjadi Ratu Squash Negara, Nicol bukan saja terkenal di Malaysia, malah beliau juga telah mengharumkan nama negara dipersada international. Siapa yang bermain squash diseluruh dunia termasuklah di artik atau antartika pasti mengenali nama Nicol Ann David dari negara Malaysia.

nicolanndavid

Dalam masa yang sama ini membantu mempromosikan negara kita dimata dunia. Fuh, bagus untuk marketing ni. Tak sangka ianya dapat membantu negara dalam bidang pelancongan dan membuka negara luar untuk mengenali negara kita. Nampak? Bukan calang-calang gadis melayu boleh pada bulan ini bukan?

Yang paling best sekali, beliau antara pemain sukan yang menerima gelaran Datuk. Pergh, bukan calang-calang orang yang boleh terima pangkat Datuk. Aku nak jadi Datuk pun kene ada anak dan cucu dulu. Tahniah aku ucapkan kepada Nicol Ann David kerana terus memperjuangkan sukan Squash di Malaysia dan aku harap lebih banyak skuad pelapis daripada gadis-gadis melayu boleh yang akan muncul untuk terus mengharumkan nama negara dalam sukan Skuash pada masa hadapan.

Kredit gambar kepada Azuanzahdi.com

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error

3 Responses to “Gadis Melayu Boleh pada Bulan April: Nicol Ann David”


  1. 1 te'a,lh!!

    weh!!
    ak nk cri kejayn dy..
    cmne nih!!an i get it.
    where can i get it!!
    help!! :sad:

  2. 2 wed

    hmm.i need nicole’s biodata.
    n kejayaan dlm bdang akedemik jg.. :smile:

  3. 3 gadis

    gadis indonesia harus bisa menjadi figure yang baik untuk dunia, nice article :)

Leave a Reply



>