Jika kita lihat, hari kian berlalu dan negara yang majoritinya orang melayu ini boleh melakukan pelbagai perkara yang tidak pernah orang lakukan. Kita sudah ada orang melayu yang mengelilingi dunia, kita ada pakar internet marketing melayu, kita ada blogger melayu yang boleh buat duit dan kita ada macam-macam jenis orang melayu yang berjaya berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Aku yakin, ramai antara kita bangga dengan bangsa melayu dan juga orang melayu. Bangsa lain pun ada baiknya dan kewujudan bangsa lain mampu membangkitkan semangat persaingan antara bangsa melayu dan bangsa lain.

Malah, aku yakin juga pada satu hari nanti orang melayu boleh melakukan pelbagai perkara yang mungkin tak masuk akal termasuklah membuat lawatan sambil belajar ke planet pluto atau membuat hotel di planet marikh. Siapa tahu bukan?Dan tak mustahil juga kewujudan saintis dikalangan orang melayu yang boleh mencipta kapsul ajaib ala-ala komik Dragon ball. Kan boleh menjimatkan ruang diplanet bumi ini. Aku betul-betul harap keajaiban sains dalam komik Dragonball dan diterjemahkan pada masa akan datang dan dipelopori oleh orang melayu.

Persoalannya sekarang, benarkah orang melayu boleh melakukannya jika mereka tidak berubah dengan keadaan sekarang yang serba tak kena? Aku yakin banyak pihak mencari jalan penyelesaian dan aku juga turut mencari penyelesaian dan akhirnya munculnya blog OhMelayu ini untuk mengupas segala isu berkaitan dengan bangsa melayu, orang melayu, kemelayuan dan sebagainya. Bukan tanda protes kepada kaum lain atau bangsa lain, cuma aku bangga menjadi orang melayu yang menulis dalam bahasa melayu diblog yang ada perkataan melayu. Kita boleh lakukan jika kita mahu lakukan. Melayu memang boleh lakukan pelbagai perkara mustahil pada hari ini dan pada masa akan datang. Dengan syarat, kita yakin, kita usaha dan kita berserah kepadaNya seadanya.

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error
 

3 Comments

  • At 2009.05.09 02:42, cyza said:

    Melayu memang boleh achieve a lot of things. Tapi aku rasa segelintir je yang boleh macam tu. Banyak orang melayu sayangnya sudah terlalu selesa dengan keadaan masing2 lantas kurang berusaha utk mencapai yang terbaik. Aku harap lepas ni ada orang melayu yang boleh mencapai sesuatu yang “WOW” dan cipta rekod. Aku pun nak cipta rekod, tapi belum sure rekod apa hehe….

    ReplyReply
    • At 2009.05.09 12:45, animeboon said:

      melayu memang boleh dan sudah banyak cipta rekod. Harap orang melayu akan lebih success. :mrgreen:

      ReplyReply
      • At 2009.05.11 11:41, ohmelayu said:

        cyza. betul tu. Tak dinafikan dan macam-macam boleh berlaku. Mungkin mereka ada sebab tersendiri dan aku solute pada mereka yang mahu mencipta rekod. Bukan senang tu!

        animeboon. Insya-Allah. Melayu boleh lebih success! :mrgreen:

        ReplyReply
        (Required)
        (Required, will not be published)

        CommentLuv badge

        Spam Protection by WP-SpamFree