Melayu Boleh dan boleh! Itu yang kita mahukan apabila saban hari kita melihat orang melayu kian layu dan layu dengan arus pemodenan yang berkembang pesat. Namun kita selalu terlupa dengan orang yang telah lama meninggalkan kita. Seniman melayu boleh dan berlagenda iaitu P. Ramlee atau nama sebenarnya Puteh Ramlee merupakan seniman serba boleh yang sangat berwibawa dan pastinya meninggalkan perasaan manis disetiap hati rakyat Malaysia.

pendekarbujanglapokhantumelayuboleh2 300x188 Melayu Boleh melahirkan Seniman Lagenda   P.Ramlee

Aku yakin korang semua mesti masih ingat dengan Filem-filem seperti Do Re Mi, Anakku Sazali, Pendekar Bujang Lapok, Labu Labi, Ibu Mertuaku dan banyak lagi filem P. Ramlee yang tidak pernah bosan dilihat. Aku sendiri mengakui kesemua filem P.Ramlee sangat hebat-hebat berlaku termasuklah filem Hang Tuah dimana P.Ramlee sendiri melakonkan watak Hang Tuah dan filem itu merupakan filem bukan filem hitam putih.

Dalam filem Anakku Sazali, bukan setakat filem ini meletup dan popular. Aku yakin seluruh rakyat Singapura dan Malaysia ketika itu menangis melihatkan filem yang bertemakan bapa dan anak itu. Dan kehebatan pengarah dan pelakonnya menjayakan filem tersebut dan kepada P.Ramlee sendiri yang membawakan watak bapa dan anak dalam masa yang sama. Itu sudah cukup hebat kerana pada ketika itu tidak banyak filem yang melakonkan dua watak dalam satu scene yang sama. Memang hebat Seniman melayu boleh kita, bukan?

anakkusazali 300x215 Melayu Boleh melahirkan Seniman Lagenda   P.Ramlee

Kita juga perlu ingat dan jangan lupa, setiap filem yang dilakonkan oleh P.Ramlee dan yang diarahkan oleh beliau semuanya meletup dan membawa mesej tertentu. Aku yakin korang faham maksud aku bukan? Filem P.Ramlee bukan filem sampah dan dibuat untuk tujuan suka-suka sahaja atau menumpukan pada tujuan komersial sahaja. Tidak seperti filem sekarang bukan? Berapa kerat sangat nama pelakon drama atau pelakon filem yang korang ingat melainkan jika heroinnya sangat cantik dan seksi? Oh, melayu boleh macam-macam. Begitu juga dengan filem melayu kita. Memang melayu boleh macam-macam..

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error
 

2 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree