EasyAd aXverta Advertising


Petai dan Sambal Petai: Ulam Kegemaran Orang Melayu Boleh

Berapa ramai orang melayu yang boleh makan petai? Mengikut survey yang dilakukan secara rambang oleh aku, dari 10 orang yang aku tanya 7 daripada 10 orang itu akan kata mereka menyukai petai dan menjadi ulam kegemaran mereka lebih-lebih jika petai itu dimasak sambal. Fuhh, memang menyelerakan dan aku teringin untuk mintak mak aku masak sambal petai special untuk aku sempena hari Ibu ni. Haha..

petaiuntukdijual

Nama saintifik petai pula adalah Parkia speciosa. Pelik gak nak sebut. Tapi aku lebih suka sebutan melayu dan boleh disebut dengan mudah berbanding bahasa saintifik. Orang luar seperti dari US, Canada dan Singapore pun menyukai petai apabila mereka datang ke Malaysia. Aku sendiri pernah ditanya oleh pelancong yang datang dari Ukraine. Beliau bertanya pada aku ketika aku mengambil lauk sambal petai disebuah R&R yang agak famous. Dia tanya aku, sambal yang aku ambil tu sambal petai ke tak. Ler, dah bersuluh lagi terang. Kan besar petai tu. Mestilah sambal petai.

sambalpetai

Tersengih mamat Ukraine tu. Terus dia order satu pinggan untuk sambal petai aje. Nampak gaya memang nak lepas gian mamat Ukraine tu dengan member diorang yang 4 orang tu. Makanan penuh atas meja. Siap ambil gambar lagi. Nampak sekarang? Sambal petai, bukan lagi kegemaran orang melayu boleh sahaja, tetapi seantero dunia termasuklah mamat Ukraine dan empat orang sahabat baik mereka tuh. Aku rasa diorang tahu pasal petai bila search keyword petai kat google atau yahoo search engine. Rajin betul diorang kan?

Jika ada antara gadis melayu boleh yang mahukan resipe sambal petai. Bolehla cari kat website ini. Bagus, selain tu korang leh cuci mata dengan gambar-gambar makanan yang lain. Sangat mengiurkan dan menjilat jari. Haha..

Apapun, korang leh gi melawat ke link dibawah untuk tahu lebih lanjut tentang petai.

1. Sambal Shrimp with Petai
2. Assam Petai
3. Petai Final

Kredit gambar kepada MyFoodilicious

Arkib Melayu Boleh

9 Responses to “Petai dan Sambal Petai: Ulam Kegemaran Orang Melayu Boleh”


  1. 1 tini

    saya memang suka makan petai dan sambal petai dengan udang. Fuhh, menjilat jari. Cam nak tambah nasi aje. Eh, takleh. Kene diet.. :mrgreen:

  2. 2 Saffa

    Woah! Lama giler tak makan petai!

  3. 3 Aksi Budak Sekolah

    hehe…blog aku untuk pertandingan SEO ni dah lama tak update…kantoi lak bab mncari content dan mengarang artikel ni :-)

  4. 4 wanie2621

    aku pn suka mkn petai..tak kiralah wat ulam ataupun dimasak.. :lol:

  5. 5 ohmelayu

    tini. sampai menjilat jari tu. Hehe..

    saffa. Kita pun lama tak makan petai masak sambal dengan udang.

    aksibudaksekolah. biasalah tu. Content tu datang dan pergi..

    wanie2621. makan macam tu aje pun dah cukup selera. :)

  6. 6 rina

    ehm. ni yang lapar semula pagi-pagi camnih.. :mrgreen:

    dah lama tak makan udang masak sambal dengan petai.

  7. 7 merahkatak

    sambal petai? memang faverete aku nih. Kalau tak rasa sebulan sekali, memang tak besh. :twisted:

  8. 8 Dr House

    Oitz sedapnye. Makan dengan pulut pun sedap.

  9. 9 midiEpiphone

    makan mentah la sedap, nasik putih ngan kicap kipas udang .promot tu
    pas tu nagn ikan rebus..peehh leleh :grin:

Leave a Reply



>