Hari ini kita cerita tentang Bola Sepak pula. Seperti yang kita tahu, orang melayu memang tak boleh lari dengan bola sepak tanah air ataupun yang ada bunyinya semacam bola. Dulu, kita boleh lihat orang melayu kita sangat fanatik. Semua orang sanggup pergi ke stadium yang jauhnya entah berapa kilometer semata-mata untuk menyokong pasukan negeri masing-masing. Ada kawan sekolah aku yang sanggup tak makan satu hingga dua minggu semata-mata untuk kumpul duit untuk menonton bola di stadium. Punyalah hebat penangan bola sepak ketika itu sehingga membuatkan ramai peminat mempunyai kelab penyokong masing-masing disetiap negeri.

Tetapi, aku sedih apabila melihatkan keadaan bola sepak tanah air sekarang. Malah blog melayu boleh turut terkena tempias sedihnya kerana tidak ramai orang melihat bola sepak dikaca tv perdana sebaliknya lebih suka menonton liga English di kedai mamak. Aku tidak salahkan mereka kerana tidak melihat atau menyokong pasukan bola sepak tempatan. Ini kerana semua orang ada otak untuk berfikir sendiri dan mereka punya duit untuk pergi ke mana sahaja. Nak tengok atau tidak, itu bukan hak kita untuk menyoalkan tindakan mereka. Namun, aku masih harap masih ada semangat melayu boleh dalam hati mereka yang inginkan pasukan bola sepak tanah air bangkit seperti zaman Santokh Singh, Mokthar Dahari dan Zainal Abidin Hassan.

Masih ingat korang pada Mokthar Dahari? Tahukah juga korang bahawa beliau digelar sebagai Super Mokh pada ketika dahulu? Malah kelibatnya dalam pertandingan bola sepak menentang Arsenal menyebabkan Malaysia berjaya mengalahkan Arsenal pada ketika itu. Jika seorang pemain bola itu hebat, itu bukan disebabkan bahawa dia mengaku dia hebat. Tetapi kehebatannya diakui oleh semua pihak. Malah, pada ketika itu korang kene tahu bahawa Malaysia dikenali sebagai “Harimau Malaya” yang sangat buas. Maksudnya, Malaysia menjadi negara yang digeruni di Asia pada ketika itu sehinggakan Korea, Jepun dan Singapura menjadi pasukan kecil dimata kita waktu itu. Tetapi lihat sekarang, Korea dan Jepun sudah mengukir nama di Piala Dunia. Malaysia dimana? Semakin tenggelam dan semangat melayu boleh turut tenggelam..

Arkib Melayu Boleh

8 Comments

  • At 2009.05.11 06:12, samdaddycool said:

    … Bola Malaysia masih boleh pergi jauh, kalau nak… Hendak seribu daya , taknak seribu dalih.

    ReplyReply
    • At 2009.05.11 11:33, ohmelayu said:

      betul. hendak seribu daya. Tak nak, memang macam-macam leh jadi. Itulah pasal semangat Melayu Boleh perlu ditekankan terutamanya kepada pemain bola sepak melayu. :mrgreen:

      ReplyReply
      • At 2009.05.12 12:02, azwan | melayu boleh said:

        Jom tukar link, since kita dalam niche yang sama. Itupun kalau sudi. Aku akan letakkan di http://melayuboleh.azwan.my/links/

        sekarang ni, page tu tak siap lagi.

        ReplyReply
        • At 2009.05.12 17:06, ohmelayu | Melayu Boleh said:

          azwan. Takdehal. ko wat dulu. Sat lagi aku wat plak. Aku nak kuar sat lagi. Gi teh tarik sat. Haha..lapar la plak. Tengah carik idea nk tulis nih.. :twisted:

          ReplyReply
          • At 2009.05.12 18:19, samdaddycool said:

            hohohohho… selamat berjuang kepada korang.. aku mim alif lam sin nak join contest ni.. :)

            ReplyReply
            • At 2009.05.13 16:47, azwan | melayu boleh said:

              Done :smile:

              ReplyReply
              • At 2009.05.15 03:31, merahkatak said:

                Go Selangor! Go red giant! Hoho!

                ReplyReply
                • [...] Tak ada faedah pun dan aku akui ianya agak membuang masa. Selaku lelaki melayu boleh, aku akui semangat melayu boleh pernah menyokong aku untuk mengetahui cara-cara tersebut. Tetapi apakan daya, aku sedar bahawa tak [...]

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  CommentLuv badge

                  Spam Protection by WP-SpamFree