Aku rasa pasti ramai blogger melayu yang terpanggil untuk berkongsi tentang ini. Aku tahu ramai blogger melayu boleh buat duit dengan TNX. Bukan setakat program TNX sahaja, tetapi aku yakin ramai orang tahu buat duit dengan blog. Setelah hampir 5-6 tahun dalam dunia internet, aku dapati blogger melayu dapat dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu Blogger Buat Duit(MMO blog), Blogger Politik, Blogger suka-suka (Blogger For Fun) dan juga Blogger Hiburan. Dan aku tak kesah jika kesemua blogger tersebut dapat buat duit atau tidak. Janji, mereka ada tujuan masing-masing.
Isu ini cuma hendak memberitahu bahawa, kita sebagai blogger Melayu boleh dan mampu buat duit dengan blog. Ramai yang kawan aku tak percaya bila aku bercerita bahawa kita boleh menggunakan blog untuk buat duit. Tak kiralah melalui , private advertising, banner advertising, sertai program TNX, sertai Google Adsense, jual ebook, jual kacip fatimah dan sebagainya. Janji jika kita mampu menghasilkan jualan, kita memang boleh buat di internet dengan syarat kita berusaha bersungguh-sungguh dan hendak belajar.

Yup. Jumlah bayaran dari TNX tidaklah sebanyak mana. Tetapi ini membuktikan bahawa Blogger Melayu seperti aku boleh buat duit dengan TNX. Asalkan kesemua orang mempunyai semangat Melayu Boleh, Insya-Allah kita boleh dapat apa yang kita mahu. Syaratnya, berusaha seadanya dan tidak mudah putus asa. Kebanyakkan orang kita agak sukar mempercayainya. Tapi aku tahu, mentaliti orang Melayu semakin terbuka dari hari ke hari. Jadi, jika korang ingin menambah pendapatan, buat duit dengan TNX adalah salah satu caranya. Ada 1001 cara untuk buat duit dengan blog. Cuma tinggal cari dan buat sahaja. Semuanya terletak pada pendapat dan pemikiran korang sahaja. Nak atau tak nak. Jadi, apa pilihan korang?
Ps: Boleh daftar program TNX di sini. Baca bahagian FAQ untuk lebih faham. Sekali lagi, kat sini takde video 3GP melayu boleh yang panas-panas tu. Cari kat tempat lain!


orang melayu memang boleh buat duit. Diorang mahu atau tidak aje sebenarnya.
alaaaa… takde video 3gp melayu boleh???
rina. boleh. Melayu memang boleh!
samdaddycool. Takde. Malas nak letak. Lagipun memang takde video 3gp tu. Camana nak letak plak. Haha..
nak ikut blog ni supaya boleh jadi ‘melayu serba boleh’
Apa juga program di internet, orang melayu mesti ambil peluang.
Kak jie. Melayu memang serba boleh. Cuma orang melayu ni ada gak sifat yang lain. PHD dan pemalas.
Azali. Yup. Masalahnya ramai orang kita yang cepat putus asa..
Emm, hebat ko bro..
aku lum penah cuba pun bende ni..
hehe.. ramai dah rupanya yg boleh buat duit dengan tnx nih.