EasyAd aXverta Advertising


Berapa ramai orang Melayu yang membaca manga online di Onemanga?

Berapa ramai orang melayu di Malaysia ataupun blogger melayu yang suka baca manga secara online di website Onemanga.com? Aku percaya ramai blogger melayu yang berbuat demikian kerana mereka boleh menghabiskan waktu dan mencari idea untuk menulis diblog masing-masing apabila membaca manga online di sana.

onemangaphotos

Secara jujurnya, aku sendiri berminat untuk membaca manga dan komik. Mungkin ini disebabkan oleh minat orang melayu yang suka membaca. Aku akui aku suka membaca tak kiralah apa jenis bacaan. Janji ianya mampu mendatangkan manfaat dan dapat memberikan aku satu ilmu yang baru pada hari itu. Jadi, kebiasaannya aku akan melatih diri aku membaca benda baru dari pelbagai sumber setiap hari. Cukuplah jika aku dapat 1 ilmu walaupun dari membaca manga Naruto ataupun Bakuman. Itu sudah cukup bagus bagi aku lelaki melayu seperti aku. Hehe..

bakuman

Jadi, mengapa perlu memilih membaca manga online di Onemanga pula? Di sini aku tulis ulasan ringkas mengapa aku suka Onemanga. Pertama, gambar yang besar. Penuh satu skrin laptop ni dan aku boleh membaca dengan baik. Ini juga membantu aku dari segi emosi dan suasana. Jadi, jika aku kebuntuan untuk menulis artikel atau menyiapkan kerja online, aku akan pergi ke sini dan membaca. Malangnya tidak ada manga dari penulis berbangsa melayu ataupun lelaki melayu boleh dari negara kita. Sayang bukan? Aku harap pada satu hari ada penulis atau pelukis manga yang berasal dari Malaysia dan dikeluarkan di website Onemanga. Siapa tahu satu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan bukan?

Bagi aku, membaca manga online di Onemanga lebih kepada satu hobi yang agak ekstrem. Ini kerana aku mesti masuk website ini setiap hari. Yelah, dah internet ada 24 jam. Takkan tak pernah masuk website Onemanga tu kan? Jadi, apalah salahnya aku masuk setiap hari. Even friendster aku pun jarang gila aku buka. Hehe..

Arkib Melayu Boleh

12 Responses to “Berapa ramai orang Melayu yang membaca manga online di Onemanga?”


  1. 1 animeboon

    lepas ni ramai la orang baca manga online nih. Hehe :D

  2. 2 ohmelayu

    memang ramai pun. Tak caya, leh gi tengok kat google search engine dan yahoo. Berapa banyak link dah ada pasal onemanga sahaja..

  3. 3 akazuma

    hehe. aku dah lama layan onemanga ni. Semua cerita kreko dengan arena ada kat situ. :mrgreen:

  4. 4 Daun

    Aku minat baca manga, tapi pada pendapat aku tak perlu ada manga dari Malaysia.

    Sebabnye memang jelas yakni manga ialah komik dari Jepun. Pelukis Malaysia sudah ramai di gempak dan ujang dan tidak perlulah nak me’manga’kan karya mereka. Panggilan komik / ilustrasi sudah cukup.

    Cuma yg membezakan komik jepun dan malaysia ialah kualiti penceritaannya. Memang jelas komik malaysia tidak cukup mendalam dan kurang teknik.

    Boleh lawat pergh.com utk berita terkini tentang dunia komik/ilustrasi tempatan.

  5. 5 merahkatak

    ehm..betul gak kata daun tu. Tapi itu sekarang, kita tak tahu 20 tahun nanti akan jadi apa plak kan dalam dunia anime malaysia nih? Upin dan ipin pun dah cukup hebat untuk filem animasi kita..

  6. 6 mohd ikhmal

    :oops: :o :lol: :idea:

  7. 7 debtrunner

    rugi woo kalau tak baca kat onemanga.. :mrgreen:

  8. 8 Anon

    kreko ngan arena tu ciplak je, takde lesen pun

  9. 9 OnemangaFan

    Onemanga is the best!

  10. 10 harith

    kenapa x de online manga dalam bahasa melayu?

  1. 1 Download and Watch One Piece Anime Online at Watch-Onepiece.com | Melayu Boleh di OhMelayu.com
  2. 2 Mengapa Orang Melayu Malas Membaca? | Melayu Boleh di OhMelayu.com

Leave a Reply



>