Kisah Guru Melayu: Bolehkah Guru merotan atau menghukum pelajar?

Sempena nak menyambut Hari Guru tahun ni, aku dengan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku di Sekolah Sri Langat, Banting. Sekolah Agama Unwanus Saadah Kanchong Darat, Banting, Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya dan pensyarah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan serta di Universiti Malaysia Sabah. Jasa anda semua pasti aku kenang sampai bila-bila. Maafkan anak muridmu yang tak berapa pandai dan selalu ponteng kelas nih. Walaupun cikgu selalu merotan pelajar nakal seperti aku, jasamu tetap kukenang sampai bila-bila.

sarutobisensei

Aku teringat kisah sewaktu aku masih darjah sekolah. Kelas 1 Siantan. Waktu itu hari peperiksaan. Aku tak ingatlah pertengahan tahun ke akhir tahun punya exam. Tapi nak dijadikan peristiwa, aku hendak meminjam pemadam daripada kawan aku yang kedudukannya dibelakang aku. Tetapi perbuatan aku itu kedapatan. Jadi, cikgu itu bertanya pada aku. Kenapa aku buat bising walhal kelas tu memang bising ketika itu. Aku cuma berpaling ke belakang dan minta pinjam pemadam sahaja. Tetapi cikgu melempang aku tanpa sempat aku membela diri dan akibatnya terkeluar la juga setitis dua air mata jantan aku. Cis!

Dan kesannya, kelas itu senyap selama satu minggu dimusim peperiksaan itu. Mana taknya, kelas aku kelas paling bising untuk ranking darjah 1. Yelah, budak-budak lagi. Biasalah wat bising kan? Sepak sana, kacau budak perempuan, ejek nama ayah, kutuk sana sini. Ala, biasalah beb. Nama pun budak darjah satu. Tapi pelempang maut tu menyedarkan aku bahawa cikgu perempuan tu sangat garang. Hehe..namanya? Rahsia. Cikgu tu jugak yang selalu belanje aku aiskrim 20 sen tu. Biasalah, nak amik hati aku la tu sebab dah lempang aku. Taktik tu. Aku tauu..

Jadi, aku nak tanya korang-korang semua. Pernah tak kene rotan dengan cikgu-cikgu melayu korang? Aku dengan jujurnya mengaku bahawa aku pernah dirotan. Bukan sekali. Tapi acapkali sampai aku dah tak ingat berapa kali aku dok kene rotan. Tak kene tangan, kat punggung. Paling cikai pun tarik rambut atau cubit tangan atau perut aku. Punyalah perit. Serius, kalau aku kembali ke darjah satu. Memang aku tak nak buat jahat maa..

kakashisensei

Persoalannya sekarang, jika murid atau pelajar nakal. Wajar atau tidak kita merotan atau menghukum pelajar? Bagi pendapat aku, kalau dah nakal sangat dan tak makan saman. Aku hentam aje diorang. Biar diorang rasa yang kita ada perasaan dan maruah. Kadang-kadang, ada sampai Guru melayu menangis sebab merotan pelajar. Dan tak selalunya ada kes sampai murid masuk hospital akibat dirotan pelajar. Biasanya, murid-murid yang bersalah dan tidak mendengar kata. Cikgu tak akan merotan pelajar jika mereka tak buat hal. Jadi, kepada ibu bapa. Tolong jangan salahkan guru melayu atau guru yang lain jika mereka merotan anak anda. Kesilapannya sebenarnya bermula dari ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Tugas guru dah cukup berat. Jika setiap kesalahan itu ditujukan kepada guru, siapalah nak jadi guru hari ini bukan? Jadi, kepada ibu bapa. Salahkan diri sendiri dulu. Bolehkan?

Dari Pihak OhMelayu : Selamat Hari Guru, cikgu!

Pss: Siapa nak gi walking-interview untuk jawatan Guru Kontrak. Leh pergi Kuantan hari Selasa minggu depan. Bawaklah apa-apa sijil yang patut dan jawab apa yang ditanya. Ok?

Arkib Melayu Boleh

9 Responses to “Kisah Guru Melayu: Bolehkah Guru merotan atau menghukum pelajar?”


  1. 1 ZaidiRazali

    mcm kat sekolah yang aku praktikal nih, pengetua siap bagi lesen untuk rotan pelajar yang tak makan saman. tapi kena wat surat la n bagi kat pengetua..hehe.

  2. 2 blinkky

    Mungkin rotan salah satu-satunya cara nak mendisiplinkan pelajar yang terlalu nakal =)

  3. 3 ohmelayu

    zaidirazali. Hoho. best giler pengetua sekolah ko. Belasah je budak-budak nih. Tanak dengar cakap cikgu. Nak pukul dan ugut cikgu pun ramai sekarang ni. Apala nak jadi dgn diorang nih..

    blinkky. memang rotan aje yg aku nampak. Tapi kat sesetengah sekolah aje. Sekolah lain. Ada yang ok gak budak2nya.. :mrgreen:

  4. 4 aman

    salam hari guru buat semua guru..huhu…

    dulu aku kena rotan ker ape2 ker, takde nak citer ngan mak bapak, sbb takut nyer pasal…skrang, dunia dh terbalik..huhu

  5. 5 Irwan

    Selamat hari guru utk semua pendidik bakal pemimpin negara,

    aku rase bile dh sampai kene rotan, anak2 mude tu sudah blh dianggap satu kegagalan mak ayah utk mendidik diorang. konsep didikan yg ade skarang ni slalu diberikan pade cikgu2 kat skolah jer, so budak2 ni akan anggap pendidikan tu satu suapan pahit yg perlu mereka telan. akibatnye guru2 skolah dianggap musuh dan xde rase hormat antara mereka.

    Sepatutnye, ibu bapa dr anak2 start blh ckp lg perlu terapkan nilai2 khalifah dan kepimpinan islam dlm hidup diorang. bile dh start skolah rendah or tadika, anak2 sedar yg belajar tu adalah step awal utk memimpin dunia kelak.

    Anak2 org putih kat US ni kecik2 mmg mak ayah diorang syg sgt. petang2 slalu bawak anak2 jln2 kluar naik trolley. klo umur dh 5-9 tu, klo ade hari2 sukan, mmg parents akan dtg bg sokongan. pastu mmg xde konsep rotan, klo ade budak kene rotan, mmg masuk court lah cikgu tu. tp sebab budak2 ni xde pegangan agama, bile remaja je byk yg rosak, x hormat ibu bapa dan sebagainye.

    kite sbgai org melayu yg beragama islam patut contohi sahabat2 dulu mendidik anak2.. kekerasan perlu ade, tp x semestinye dlm bentuk yg menyakitkan dan penuh benci.

    wassalam

    So bg aku,

  6. 6 animeboon

    hoho. rotan aje pelajar yang nakal dan tak dengar cakap tu. Kita dlu takut nak wat jahat. Diorang, saje je nak tunjuk hebat. Apa yang dapat? D flat atau E flat bila exam. lepas tu terkulat-kulat salahkan cikgu yang tak tau apa-apa.. :twisted:

  7. 7 ohmelayu

    Irwan. aku setuju dengan pendapat ko. Mungkin orang kita patut buat sesuatu tentang itu dan terapkan pendidikan kepada anak mereka dari kecil lagi.

    aman. bukan dah terbalik aje. Dunia dah macam-macam..

    animeboon. memang rotan aje kalau aku yang jadi gurunya.. :twisted:

  8. 8 animeboon

    hehe. rotan aje. aku dulu pun kene rotan jugak selalu. ok je sampai hari ini.. :mrgreen:

    animeboons last blog post..Tapping of Doraemon Theme Song

  1. 1 Selamat Hari Guru: Titan, Dia dan Cikgu-Cikgu | EarnCent.com

Leave a Reply