Mungkin ini topik yang tak ada kaitan langsung dengan katakunci melayu boleh. Tapi aku nak juga kupas topik ini sebab aku rasa ianya agak penting bagi semua orang lelaki melayu boleh. Lebih-lebih lagi jika korang semua lelaki melayu yang sejati.

Ok. Dengar sini. Aku ingin tahu. Berapa ramaikah antara korang yang tahu cara untuk menguruskan jenazah? Jika ada dikalangan keluarga korang yang meninggalkan dunia, kebiasaannya siapakah yang akan menguruskan jenazah keluarga korang? Ahli keluargakah atau imam dan bilal dari masjid yang berdekatan? Kebiasaannya memang begitu bukan? Imam dan bilal atau tok siak dari surau yang berdekatan atau paling cikai pun tuk penghulu akan membantu keluarga korang untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan jenazah. Tetapi, jika korang sebagai ahli keluarga mengetahui ilmu dan cara menguruskan jenazah, bukankah lebih afdal jika lelaki melayu boleh seperti korang yang melakukannya dari part mandi, kafan, solat dan sampailah waktu untuk menanam jenzah tersebut?

Aku terpanggil untuk mencari info tentang cara menguruskan jenazah di internet dan mungkin ianya dapat membantu aku pada suatu hari nanti. Bagi aku, maklumat sebegitu sangat penting bagi orang melayu kita sekarang ni yang terlalu alpa dengan hal-hal keduniaan dan lalai kerana selalu menonton video 3gp melayu boleh sahaja. Aku rasa sudah sampai waktunya kita buat sesuatu tentang perkara ini bukan? Takkan bila mak abah korang dah meninggal baru terasa menyesal sebab malas belajar cara-cara menguruskan jenazah? Bagi aku, malu jika tak membantu sama. Dan ini sedikit link untuk membantu kita yang lemah dalam bab ini untuk belajar Panduan Menguruskan Jenazah.

1. Cara menguruskan Jenazah
2. Ringkasan cara pengurusan jenazah
3. Cara pengurusan jenazah orang Yahudi (Untuk tujuan pembelajaran)
4. Ebook: Kursus Pengurusan Jenazah
5. Hukum dan tata cara mengurus Jenazah
6. Cara menyembahyangkan jenazah dan pengurusan jenazah
7. e-jenazah (Panduan Menguruskan Jenazah Muslim)

Jadi apa kata lelaki melayu boleh mula untuk belajar? Aku rasa masih belum terlambat bukan? Jika tok imam, tok siak, pak bilal dan tuk penghulu boleh menguruskannya dengan baik, aku rasa kita pun mampu, bukan? Ala, satu hari nanti korang pun akan jadi ketua keluarga. Takkan lelaki melayu boleh nak jadi ketua keluarga yang tidak tahu cara untuk menguruskan jenazah? Malu tu. Jadi, marilah kita belajar bersama-sama atau boleh pergi daftar untuk ambil kursus pengurusan jenazah. Lelaki Melayu Boleh!

Ps: Semua orang akan mati. Begitu juga lelaki melayu boleh..

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error
 

3 Comments

  • At 2009.05.17 13:12, somebody said:

    Betul tu.. pengurusan jenazah memang penting dan wajib bagi kita orang islam.. sebagai fardhu kifayah..

    Teknik Pengurusan Kewangan

    ReplyReply
    • At 2009.05.18 08:38, Hidet said:

      Salam.

      Setiap yang hidup pasti akan mati,
      dan setiap yang mati akan diuruskan oleh yang hidup.

      Hiduplah dalam keadaan berilmu sebelum ajal menjelma.

      Regards,
      Hidet

      ReplyReply
      • At 2009.05.18 11:31, ohmelayu said:

        somebody. Yup. ini fardu kifayah yang perlu kita tahu dan laksanakan. Insya-Allah semua orang boleh belajar panduan pengurusan jenazah dengan baik.

        hidet. setuju. Belajarlah sementara kita masih mampu dan mempunyai badan yang sihat.

        ReplyReply
        (Required)
        (Required, will not be published)

        CommentLuv badge

        Spam Protection by WP-SpamFree