Umum masyarakat melayu tentu mengetahui tentang kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Kisah keperwiraan pahlawan melayu. Kejaguhan Laksamana Hang Tuah amat digeruni dan ditakuti oleh musuh mahupun sahabat, Ditambah pula dengan kekuatan sahabat-sahabat beliau khususnya Hang Jebat menjadikan Hang Tuah seolah-olah Kamen Rider pada waktu itu. Fuh, ingat orang melayu takde kamen rider ka? Cuma mungkin masa tu Hang Tuah punya motor adalah kuda. Bolehla daripada takde apa kan. Motor pun lum wujud kat Melaka masa tu..

kamenriderblackpicture 300x220 Debat Melayu Boleh: Jebat atau Tuah (Part 1)

Dari kisah kemenangan beliau ke atas pahlawan Majapahit dan hinggalah kepada penculikan Tun Teja. Yang pasti, Kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Melaka tiada tolok bandingnya hingga ke zaman simen dan batu sekarang. Kesetiaan beliau pada sultan teruji apabila beliau dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan Melaka ketika itu kerana konspirasi pembesar yang cemburu. Ingatkan orang perempuan je kuat cemburu. Ekoran daripada memilih untuk memberontak atau menderhaka, beliau memilih untuk menerima hukuman tersebut. Sebaliknya, Hang Jebat merasakan tindakan sultan itu telah melampau batas dan kejam. Mengapa?

Ini kerana beliau merasakan yang penderhakaan perlu dilakukan demi menuntut bela keatas kematian saudara beliau. Di masa sekarang kebanyakan generasi muda mengangap Hang Jebat sebagai pembela melayu atau manakala Hang Tuah diangap sebagai pak turut. Mereka mengangap kekerasan dan juga pemberontakan adalah medium pada perubahan dan keadilan. Yeke??

Semuanya dilihat dari persepsi Jebat, Tiada orang yang ingin melihat dari persepsi dan kedudukan Tuah, beliau sebagai abang dan juga orang yang paling rapat dengan Jebat, terpaksa membunuh adik beliau yang telah derhaka dengan tangan beliau sendiri, Tugas yang sunguh berat memandangkan Jebat senantiasa berada dimasa senang mahupun susah bersama denganya,  sejak dari kecil hingga dewasa. Tiada manusia yang waras yang sangup bertindak sedemikian, namun Tuah lakukan juga. Tindakan inilah yang membuatkan beliau dianggap sebagai lelaki melayu yang bodoh yang hanya pandai mengikut membuta tuli.

Dan..bersambung pada artikel seterusnya di Jebat atau Tuah (Part 2)

Arkib Melayu Boleh

7 Comments

  • At 2009.05.19 08:29, aman said:

    Huhu. Tak sabar tuk artikel bahagian kedua..hehe :mrgreen:

    amans last blog post..Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter

    ReplyReply
    • At 2009.05.19 09:23, rina said:

      ler..ada part 2 plak. Weh, tulis la cepat.. :evil:

      ReplyReply
      • At 2009.05.19 11:20, akazuma said:

        wawawa.. jebat atau tuah. Tak tahu yg mana satu harus kupilih..

        ReplyReply
        • At 2009.05.20 12:51, ohmelayu said:

          aman. aku pun tak sabar nak tunggu. Si Jackal akan akan update nanti. Dia busy plak hari ni. Hehe..

          rina. Sabar. Sabar. :)

          Akazuma. Err..tun teja?

          ReplyReply
          • At 2009.05.21 11:58, animeboon said:

            ahaa. tu dia kamen rider melayu. Aku rasa la kan, kalau cite kamen rider ni orang leh cipta. mungkin cerita hang tuah lima saudara tu pun orang leh cerita. Sebab aku pun pernah dengar yg orang kata hang tuah dengan hang lain ni cuma mitos aje..ntah la. tak tahu tol ke tak.. :mrgreen:

            animeboons last blog post..Tapping of Doraemon Theme Song

            ReplyReply
            • [...] dalam Jepun dipanggil Kamen Rider, jika dalam English dipanggil Mask Rider, agaknya kalau zaman Hang Tuah dulu dipanggil Hang Rider? Ntahlah. Aku tiada jawapan kerana aku tahu setiap negara ada nama [...]

              • At 2010.06.27 19:28, khalifah said:

                :sad:

                ReplyReply
                (Required)
                (Required, will not be published)

                CommentLuv badge

                Spam Protection by WP-SpamFree