Bolehkah Malaysia merampas Piala Thomas hanya dengan semangat Melayu Boleh?
JIka cerita tentang permainan badminton, aku percaya ramai yang tahu dan hebat bermain badminton. Malah, mungkin ada juga dikalangan korang yang pernah mewakili sekolah dan daerah pada suatu masa dahulu. Aku juga pernah main badminton dan cuma setakat daerah sahaja. Itupun sudah memadai buat aku dan kini aku lihat perkembangan yang agak baik untuk sukan badminton negara. Kelibat Lee Chong Wei, Wong Mei Choo, Zakuan, Chong Tan Fok, Lee Wan Wah, Hafiz Hashim dan lain-lain lagi membuatkan sukan badminton terus meriah walaupun kita tahu sudah lama kita tak pegang Piala Thomas atau Piala Sudirman. Fuh..

Jika kita lihat, barisan jurulatih pun tak kurang hebat. Ada 2 jurulatih lelaki terdiri daripada orang melayu dan satu jurulatih import. Misbun Sidek mengetuai perseorangan negara, Rashid Sidek pula jurulatih skuad junior, Rexy pula mengetuai skuad bergu negara. Aku rasa ini satu kombinasi yang sangat hebat disamping semangat Melayu Boleh yang membara.
Tapi kenapa masih belum kita menggapai Piala Thomas. Kali terakhir adalah pada tahun 1992. Itupun dah lebih 10 tahun. Lebih tepat 17 tahun sudah kita kepingin dengan Piala keramat tersebut. Jadi, bilakah agaknya Piala Thomas akan jatuh ke negara Malaysia? Lee Chong Wei pun sudah 26 tahun. Tidak tahu bila lagi dia boleh bertahan, begitu juga dengan bergu-bergu cina dan melayu yang lain. Sampai hari ini, masih belum ada pemain badminton negara yang sangat menyerlah. Ehm, aku rasa negara kita penuh dengan pemain-pemain yang cukup hebat. Apa kata buat satu program realiti untuk mencari skuad pelapis badminton negara? Aku yakin pasti ada pemain yang cukup hebat muncul dengan program itu. Ianya lebih berbaloi berbanding dengan program-program realiti yang belum tentu ada hasilnya atau menonton video 3gp melayu boleh, bukan?
Secara jujur, aku juga teringin untuk melihat pemain badminton dari golongan melayu. Tak kiralah lelaki melayu boleh atau gadis melayu boleh. Aku mahu sekurang-kurangnya ada single melayu yang hebat seperti Rashid Sidek dan Misbun Sidek. Bagi bergu, kita sudah ada seorang bergu melayu yang cukup hebat. Tapi kita mahu lebih. Jika kita, semuanya pemain cina sahaja. Tapi tak kiralah korang cina atau melayu, jika korang hebat bermain badminton. Joinlah skuad badminton negara dan sumbanglah sesuatu. Jika bukan kerana aku tidak dapat sertai disebabkan masalah kesihatan yang memang aku tak dapat elakkan buat selama-lamanya, sudah pasti aku sertai skuad badminton negara. Confirm! Aku boleh sebab Melayu Boleh!
Harapan aku, semoga skuad badminton negara akan kekal hebat dan mempunyai semangat yang membara untuk merampas kembali Piala Thomas, Piala Uber, Piala Sudirman dan menang di Sukan Olimpik pada masa hadapan. Tak kiralah pada tahun yang ke berapa. Janji ada sekali sebelum aku menutup mata. Hehe..
Arkib Melayu Boleh
- Video Panas 3GP Gadis Melayu VS Video Panas Malaysia Menang Piala Thomas?
- What happen to Onemanga?
- How to protect Malayan Tiger?
- Happy Independence Day for Malaysian
- Melayu Boleh Blogger and Google Adsense










bagde untuk twitter merdeka 2009. sila ke http://sejuk.viere.net.my/2009/05/26/twitter-merdeka-2009/ dan donwload badge disana,thanks, saya sokong twitter merdeka 2009!!
sejuk. Terima kasih kerana sudi komen. Tapi tak perlulah untuk buat spamming yek.
Zakuan tu sapa?? Setau aku pemain bola NS?
zool. Tersilap. Hehe. Sori, akan dibetulkan.
boleh rampas. Malaysia pun boleh. Melayu pun boleh!
boleh. Melaysia boleh. Melayu boleh! Harap kita boleh rampas piala thomas tak lama lagi.
merahkatak. Memang boleh. Cuma kita kene yakin dengan semua pemain badminton malaysia dan harap diorang berusaha bersungguh-sungguh.
tini. Mudah-mudahan.
dengan semangat aje, tak cukup. Kita kena iringi dengan usaha yang berterusan.
Pada hakikatnya Malaysia mampu untuk merampas kembali piala thomas pada tahun ini. Walau bagaimanapun di atas kertas kekuatan china memang tidak dinafikan dari dulu lagi. walaupun pernah kalah 2 – 3 semifinal 1992 kepada Malaysia, tetapi mampu mereka bangkit semula untuk menang selepas itu sehingga tahun 2008. Secara keseluruhannya China boleh dijinakkan oleh malaysia jika semua pemain fokus. Tambahan pula bermain di tempat sendiri.Akan tetapi jangan terlalu mengharap kepada Lee Chong Wei dan K. Keat/T.B.Heong semata-mata. 2 kemenangan ini belum pasti mampu diteruskan oleh rakan2 pemain yang lain.
1Malaysia for 1Thomas Cup. Go for it. Malaysia Boleh…