Monthly Archive for June, 2009

Debat Melayu Boleh: Masalah Ketagih Seks dikalangan Orang Melayu

Aku yakin ramai dikalangan orang melayu yang ketagihkan seks. Tapi bagaimanakah hendak kita kawal masalah ketagih seks ini? Adakah korang ada solution untuk mengatasi masalah yang semakin menular dikalangan orang Melayu kita ni? Semakin hari, semakin teruk rasanya dan aku rasa ramai yang hendak memulihkan masalah ketagih seks atau suka menonton video seks maupun 3gp video gadis melayu boleh. Itu belum lagi yang sibuk mencari cerita-cerita seks untuk menjadi modal untuk melampiaskan nafsu. Ohh, macam-macam rupanya dunia akhir zaman ini dan aku ketahui ini semua melalui ujikaji katakunci yang datang ke blog ini dan blog-blog melayu boleh yang lain. Memang ketara. Ramai yang datang kerana mencari pelbagai keyword yang berbaur seks dan gadis melayu boleh.

Jika kita fikirkan, isu video 3gp gadis melayu yang menular dinegara kita bermula apabila handphone sudahpun boleh merakam aktiviti harian kita. Oleh kerana orang melayu boleh dikatakan salah satu bangsa yang genius dan kreatif, jadi banyaklah video 3gp seks yang terhasil. Bukan sahaja disebarkan melalui handphone dan rakan taulan sahaja, lebih kejam lagi diupload ke internet dan tersebar merata-rata sehinggakan ada yang tersenyum lebar kerana mampu buat duit dengan video 3gp itu. Aku tak nak kacau periuk nasi diorang, cuma agak-agaklah kalau nak buat duit. Banyak cara nak buat duit kat internet ni. Tapi yang ini juga cara yang korang nak. Mungkin cara ini mampu mendatangkan pendapatan yang lebih hebat dari buat duit dengan Adsense atau Clickbank. Huhu..

slumdogmillionaire

Keyword-keyword sepeti Melayu Boleh, Gadis Melayu comel, Gadis Melayu Boleh, Gadis melayu bertudung, video panas gadis melayu, cerita seks melayu, cerita seks, melayu bogel, gambar bogel, gambar melayu, 3gp gadis bertudung, skodeng gadis melayu dan pelbagai lagi membuatkan hampir ribuan rakyat Malaysia cuba untuk access website-website yang berbaur seks itu kerana website atau blog sedemikian menyediakan apa yang mereka mahu. Aku yakin hampir 5% daripada rakyat negara kita mencari informasi berkaitan tentang seks setiap hari. Percaya atau tidak, itu fakta hasil ujikaji aku selama beberapa bulan ini. Terpulang mahu percaya atau tidak.

Yang lebih kejam lagi video-video yang boleh didownload secara percuma ini kebanyakkanya pelakonnya adalah anak melayu. Dan lebih dahsyat lagi, gadis melayu bertudung juga ramai yang berlakon. Siap yang pakai tudung pun ada. Jika aku mengatakan bahawa aku tidak pernah menonton video 3gp itu, nampak sangatlah aku menipu. Memang seronok tengok benda-benda tu semua. Tapi sampai bila? Seronok pun sekejap aje. Mungkin kepuasan sebegitu yang dicari oleh mereka-mereka. Seronok dan ghairah. Tapi ianya bersifat sementara.

Tetapi percaya atau tidak. Ianya sementara kerana korang akan cepat bosan. Aku sudah bosan kerana ianya tidak mendatangkan manfaat. Malah, ianya mungkin mendatangkan mudarat. Lebih baik aku cari info tentang cara untuk menambahkan pendapatan. Itu lebih baik bukan daripada menonton video panas melayu boleh setiap hari? Takkan pasang streamyx atau broadband semata-mata nak download video 3gp seks tu? Apa barang kan. Banyak lagi benda kita boleh buat maa..

Ps: Sebagai salah seorang lelaki Melayu Boleh, Aku risau tentang masa depan. Aku harap sesuatu akan berubah dan dia juga akan mengatakan sesuatu pada masa yang singkat. Ya, lagi 2 hari sahaja..

Kejayaan Melayu Boleh: Kehebatan Animasi Upin dan Ipin

Aku rasa ramai yang tahu tentang animasi Upin dan Ipin bukan? Apakah pendapat korang tentang kartun atau anime Upin dan Ipin yang telah hampir 2 tahun bersama kita? Banggakah korang apabila mengetahui bahawa Upin dan Ipin ditayangkan dinegara lain selain Malaysia? Dan banggakah korang bahawa animasi Upin dan Ipin dibangunkan oleh orang Melayu?

upindanipin

Secara jujurnya, aku bangga dengan kejayaan Upin dan Ipin. Kemunculannya menjadi satu sejarah baru bagi orang melayu dan juga Malaysia. Bukan senang bagi syarikat Melayu untuk muncul dengan animasi sebegini. Aku rasa jika Usop Sontorian dan Keluangman dianimasikan dan diadun baik seperti Upin dan Ipin, pastinya lebih banyak lagi animasi tempatan akan bersaing dengan animasi dari Jepun. Biarpun kita masih jauh jika hendak dibandingkan dengan animasi di Jepun, tapi aku yakin tak mustahil satu hari nanti kita akan capai satu level dengan mereka.

upindanipinkawankawan

Yelah, jika kita nak bandingkan One Piece, Eyeshield21, Naruto dengan Upin dan Ipin, memang juah sekali. Tapi Upin dan Ipin mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kalau betul kita nak compare, compare antara animasi Hanimaru dan Sin Chan dengan Upin dan Ipin. Jika ini, aku yakin animasi Upin dan Ipin memang lebih hebat berbanding Sin Chan. Betul tak? Telatah Upin dan Ipin memang mengasyikkan dan membuatkan kita tersenyum walaupun siarannya cuma 5 minit sahaja. Tapi korang kene faham, berapa banyak kerja dan masa yang diperlukan untuk menghasilkan animasi yang menarik selama 5 minit. Sebab tu aku bangga dan kagum dengan tenaga kerja Les Copaque.

gengpengembaraanbermula

Setelah berjaya dengan animasi Upin dan Ipin. Les Copaque terus menyusun langkah dengan kemunculan Upin dan Ipin dalam Filem Geng. Dan projek terbaru mereka adalah Filem baru iaitu Upin & Ipin: Angkasa yang akan keluar pada tahun 2011. Fuhh. Lambat lagi tu. Ada lagi 2 tahun baru kita boleh tengok filem terbaru diorang. Biasalah, nak wat 5 minit punya anime pun ambil masa yang lama, inikan nak buat filem 1 jam setengah. Mesti lagi banyak masa diperlukan bukan? Leh tengok trailer untuk projek terbaru diorang kat site rasmi ni.

Kredit gambar kepada Les Copaque dan Website Rasmi Upin dan Ipin.

Ps: Jika korang nak beli merchandist atau produk Upin dan Ipin. Boleh usha kat site diorang. Murah gak. Pen ada, baju ada, lencana ada dan macam-macam lagi. Best gak beli untuk anak-anak korang. Hehe..

Kelemahan Orang Melayu: Sifat Pelupa Peringkat Tertinggi

Aku yakin jika pertanyaan itu ditanyakan pada mana-mana orang melayu, memang diorang akan marah atau terasa dihati masing-masing. Tapi itulah hakikatnya kerana memang orang melayu mudah lupa.Tak perlu diceritakan dengan bangsa atau orang lain. Kita lihat sendiri pada orang melayu zaman kini, melayu memang mudah lupa.

Mudah lupa itu bukan sahaja bermaksud terlupa atau tidak ingat. Tetapi melayu memang mudah lupa tentang banyak perkara. Lupa tarikh lahir anak, lupa tentang perjuangan Tanah Melayu, lupa siapa yang bunuh J.W.W Birch, lupa siapa Dato’ Onn, lupa siapa yang P.Ramlee, lupa siapa nama perdana menteri, lupa tarikh ulang tahun perkahwinan dan tak kurang juga yang ramai lupa bayar hutang kawan 10 tahun yang lepas. Pendek cerita, melayu memang mudah lupa dan juga suka buat-buat lupa..

melayumudahlupa

Ye. Ketawa. Gelak dan kita tersenyum bila berceritakan tentang hal melayu mudah lupa ni. Tun Mahathir sendiri berkata demikian kerana dia sendiri maklum bahawa orang melayu memang suka melupakan banyak perkara-perkara penting samada sejarah melayu, lupa nama tokoh-tokoh penting orang melayu, pengorbanan orang melayu, perjuangan Tanah Melayu dan lain-lain sehinggakan ke perkara remeh-temeh pun orang melayu lupa. Jadi, mengapalah orang melayu suka lupa dan buat-buat lupa walhal kita semua tahu hal lupa ni penting dalam kehidupan harian kita? Jawapan tu ada dalam diri masing-masing. Kadang-kadang, kita mudah menyalahkan orang lain, tapi kita buta dan lupa lihat kesalahan dalam diri sendiri. Kita mudah menuduh orang sebarangan atau menyelar sesetengah orang yang merepak disana sini, tetapi kita lupa yang kita juga banyak juga kelemahan yang perlu diperbaiki.

Jika bagi golongan pelajar, lupa merupakan masalah kronik tak kiralah pelajar tersebut masih disekolah rendah atau ke peringkat universiti. Perkara tak siap kerja, lupa buat kerja sekolah, lupa siapkan tugasan, terlupa buat, terlupa hadir kuliah, terlupa bawak beg sekolah dan macam-macam kes pelupa kita boleh dengar samada di sekolah ataupun peringkat yang lebih tinggi. Sudahlah pelupa, suka pula memberi alasan yang kadang-kadang kita rasa macam bercakap dengan orang bodoh. Mesti korang sendiri pernah rasa macam bercakap dengan orang bodoh kan?

Ya, aku faham. Tak elok berfikiran atau mengata orang lain bodoh. Ingat kita ni pandai sangat ker?? Yelah, benda dah diingatkan banyak kali, dinasihatkan berkali-kali, diulang setiap hari, tapi masih juga bebal dan masalah pelupa itu dipandang sebelah mata sahaja. Jika pelajar sekolah yang bermasalah, berhentikan sahaja pelajar tersebut. Ini kerana ianya sangat menganggu dan menghalang pengajaran dan pembelajaran disekolah. Aku yakin ramai cikgu-cikgu melayu yang bersetuju dalam hal ini terutamanya dalam menangani masalah pelajar bermasalah dan juga pelajar pelupa, betul atau tidak?

Dan masalah Pelupa ini semakin menular dikalangan remaja dan juga golongan bekerja. Tak usahlah aku sebutkan contoh-contoh melayu pelupa ni, korang sendiri boleh nampak dalam kehidupan harian korang. Malah, mungkin ianya juga berlaku dalam keluarga korang. Lihat sendiri dan nilaikan. Masalah ni, masalah besar. Tapi kita nampak ianya masalah kecil. Jadi, bagaimana orang melayu boleh hendak masalah kronik ini diselesaikan? Yang itu kita masih tak pasti..

Ps: Aku yakin, ramai lelaki melayu boleh yang bersifat pelupa. Jangan sampai terlupa bini yang duduk kat rumah sudahlah. Sekarang, terlupa 3 bulan pun boleh sampai bercerai. Apatah lagi kalau lupa setahun. Memang betul Melayu boleh terlupa dan buat-buat lupa..