6 Alasan Utama Mengapa Orang Melayu Tak Boleh Buat Duit dengan Blog?
Hari ini aku cuma nak beritahu 6 sebab mengapa orang melayu tak boleh buat duit dengan blog. Sebenarnya kalau nak bagi alasan atau sebab memang tak terhitung banyaknya. Tapi mari kita senaraikan 6 alasan utama mengapa orang Melayu tak boleh buat duit dengan blog. Susah sangat ker orang Melayu nak cari duit ni?
1. Malas
2. Malas
3. Malas meniru orang yang dah berjaya
4. Sifat hasad dengki peringkat tertinggi
5. Bodoh Sombong
6. Malu bertanya
Dipendekkan cerita, aku rasa semua orang setuju dengan 6 alasan utama tersebut bukan? Orang melayu memang malas. Sifat pemalas tu dah sejak azali lagi. Bukan aku nak mengata, dalam diri manusia mesti ada sifat pemalas tu. Cuma orang melayu ni pemalasnya gila sikit. Kekadang, sampai malas nak tidur pun ada. Pendek cerita dalam bab memberi alasan ni, memang orang Melayulah yang nombor satu. Tak percaya? Tengok surat khabar Metro semalam. Apa yang dah cerita panas? Cite orang melayu dinegara yang majoritinya melayu. Aii..
Orang Melayu Malas meniru. Ini antara alasan yang aku sendiri susah nak ikut. Sebab apa, mak aku kata jangan meniru dalam peperiksaan atau apa-apa sekalipun. Tapi aku langgar gak nasihat mak aku. Akibatnya, aku berjaya buat duit dengan program Text Link ads, Bukisa dan lain-lain lagi. Nak meniru bukan tak boleh. Tapi pastikan kita meniru orang-orang yang dah berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Tak salah meniru. Sebab apa? Orang yang dah terer-terer pun kerja diorang dulu pun meniru juga. Betol tak? Tapi ada kawan aku cakap. Ehhhh, tak baik menipu tauuu. Berdosaaaaa! Hangguk ko! Orang kata lain, lain plak jawabnya..

Aku tak juga menafikan bahawa orang melayu mempunyai sifat hasad dengki yang sangat tinggi. Sejak aku kecil hinggalah berumur hampir suku abad ni. Aku dah lihat macam-macam manusia yang penuh dengan hasad dengki. Lelaki melayu ka, gadis melayu boleh ka, gadis pemalu ke, semuanya sama saja. Dengki memang nombor satu dan memang tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Contoh paling mudah, pergi masuk 1 bandar atau pekan. Kira berapa banyak kedai kepunyaan orang melayu dengan bangsa lain? Nisbahnya berapa? Kira. Tapi jangan bagitau aku. Aku tak nak tahu..
Orang Melayu Bodoh dan sombong. Ini satu lagi sifat orang melayu. Malas nak cakap dah. Semua orang dah pandai dan faham. Tapi bebal gak kekadang. Dah. Cukuplah, pepaham sendiri peel orang melayu ni. Kita kata camni, nanti depa kata aku memandai aje. Depa kata aku ni bodoh, sombong plak tu. Aku tahu ada yang mengata. Tapi biarlah, janji aku tak kacau keluarga korang dan hak korang. Jika mahu bergaduh, gaduh satu lawan satu. Baru namanya orang melayu. Ini gaduh, panggil geng, apa barang..
Orang melayu malu bertanya. Ntahlah. Aku sendiri memang malu bertanya kalau aku rasa benda tu macam aku dah tahu. Tapi kalau tak bertanya, takut sesat jalan plak. Alang-alang dah sampai Jerantut nanti, aku nak tanya. Nasi paprik kedai mana ek paling sedap. Leh jawab??
Ps: Cukup 6 alasan utama kenapa orang melayu memang tak boleh buat duit dengan blog. Macam tak ada kaitan pun dengan blog melayu boleh dan isi kandungan entri ni bukan? Kenapa ye? Itu yang kita tak pasti..
Arkib Melayu Boleh
- 6 Sebab Kenapa Orang Melayu Gagal dalam Program Text Link Ads
- 2nd payment from 701panduan Ad Network
- Please Stop..
- Melayu Boleh Blogger and Google Adsense
- How to Change your blog to Make it as a Real Business?










orang melayu memang suka bagi alasan. Tak semua orang melayu camtu. Tapi segelintir aje kot. Tapi tak dinafikan la gak..
betul cuma segelintir aje. Tapi kira banyak jugak la kiranya..
jawatan kosongs last blog post..nn404 Not FoundnnnNot FoundnThe requested document was not found on this server.nnnnWeb Server at comluv.comnnnnnn
tak semua. Tapi kekadang, kita sendiri faham perangai orang kita ni camana..
rikus last blog post..nn404 Not FoundnnnNot FoundnThe requested document was not found on this server.nnnnWeb Server at comluv.comnnnnnn
Buruk kali ka orang melayu ni?
kerja kosongs last blog post..nn404 Not FoundnnnNot FoundnThe requested document was not found on this server.nnnnWeb Server at comluv.comnnnnnn