Siapa pernah tengok cerita Cicakman? Untuk lebih tepat, filem Cicakman 1 dan Cicakman 2? Aku baru sahaja menonton filem Cicakman 2 di laptop adik aku. Jika tidak, entah bila la agaknya aku dapat tengok cerita superhero pertama yang dilahirkan di panggung wayang Malaysia ni. Yelah, aku cuma sempat tengok Cicakman 1 sahaja ketika di Sabah, tetapi sejak aku berada di Tanah Besar Semenanjung, sangat sukar untuk aku menonton wayang, ini kerana aku perlu pergi ke Klang jika mahu menonton wayang. Malah, selepas berpindah ke Jerantut, hanya Kuantan sahaja yang terdekat. Itupun lebih kurang jika aku pergi ke KLCC untuk menonton wayang sahaja. Jadi, tiada alternatif yang baik selain beli DVD. Hehe..

Berbalik kepada superhero tempatan kita tu, adakah ada antara korang yang tak minat dengan Cicakman? Yelah, dalam banyak-banyak, cicak pula yang dipilih orang Yusri KRU ni. Tapi idea yang dibawa oleh Yusri sangat baik dan aku dapat lihat akan ada Cicakman 3 dan sambungan sekuel seperti cerita Terminator dan Harry Porter. Tidak mustahil bukan?
Cicakman 1 berkisar tentang pengenalan tentang bagaimana Hairi (Apek Senario) mendapat kuasa cicaknya dan bermulalah permusuhan antara Professor Klon dengan Hairi dan Danny (Yusri). Malah, pada waktu yang sama jugalah Tania Asyraf (Fasha Sandha) suka pada Danny dan Hairi pula syok dengan Tania. Cinta 3 segi yang tak berbalas ni semakin menarik apabila Danny mati sebab nak selamatkan Cicakman atau Hairi. Dipendekkan cerita, Cicakman 1 berkisar tentang pengklonan manusia yang cuba diketengahkan oleh Professor Klon semata-mata untuk menjadi Presiden Metrofulus.
Cicakman 2 pula menceritakan tentang usaha Professor Klon yang hidup secara buangan untuk kembali ke pangkuan masyarakat Metrofulus dan percubaan kembali untuk menjadi Presiden Metrofulus. Cerita kali ini mengisahkan bagaimana Hairi menewaskan percubaan Professor Klon dan sekutunya iaitu Rrama. Ginger 1 dan Ginger 2 pula menjadi hantu dan ajaibnya mereka membantu Cicakman untuk menewaskan Professor Klon dan Rrama. Cerita kali ni memang mengarut jugaklah macam Cicakman 1, tapi itulah penarik cerita Cicakman dalam Planet Hitam ni. Not bad dan aku rasa Cerita Cicakman ni akan ada trilogi atau empatlogi macam cerita-cerita sekuel yang lain.
Dan aku rasa inilah superhero melayu yang boleh bagi salam dan tak ada kerja tetap. Pelik tu. Dalam 8 bulan, 7 kali diberhentikan kerja. Memang melayu boleh sungguh. Macam-macam Cicakman ni boleh buat. Walaupun aku tahu ada orang tak berapa suka dengan filem atau drama melayu, tapi inilah antara filem yang bagus untuk ditonton. Yang aku tak tahan, Metrofulus tu leh ada salji dan bercuaca sejuk. Haha, dasat. Empangan Metrofulus tu macam pernah nampak aje. Tapi kat mana yek. Hehe..
Credit gambar kepada Cicakman Official Website
Ps: Bila gamaknya Cicakman 3 dan Cicakman 4 akan keluar? Adakah identiti Cicakman akan terbongkar? Adakah akan wujud drama Cicakman pada masa hadapan? Itu yang kita tak pasti..


Salam ziarah. Such a great blog.
View Profile: Rantong™
hehe..apa kes cite pasal cicakman plak. Hehe. Tapi memang betol. Cicakman adalah hero real malaysia. Selain papayaman tu..
wawa..cicakman returns! Tak sabar tunggu cicakman 3.
Jarang btul dah ko review filem. Ni mest tengok lambat ni..
merahkataks last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Rantong. Salam ziarah.
Blacksaga. Ko diam. Aku tahu ko suka minum jus betik.
merah. Jerantut takde panggung wayang. Waa…
this is reaLLY A nice site