Mengapa mawi yang menjadi pilihan blog ini untuk Lelaki Melayu Boleh pada bulan Jun? Ini kerana team OhMelayu sebulat suara untuk memilihnya diatas kejayaan beliau dalam arena hiburan tanah air kita. Bukan senang anak felda berjaya menjadi artis popular seperti yang terjadi pada Mawi. Sukar untuk dipercayai tetapi Mawi kekal unggul sebagai antara artis melayu boleh yang popular dalam sekelip mata selepas kemenangan beliau di Akademi Fantasia yang ke 3.

Mengapa lelaki Melayu Boleh ini kekal popular? Perlu dingat. Sudah banyak rancangan realiti yang ada ditelevision. Siapakah yang korang ingat? Kebanyakkan artis adalah peserta-peserta Akademi Fantasia yang mampu kita lihat. Bukan rancangan realiti yang lain kita tidak ingat, tetapi berapa kerat yang korang ingat. Cuba bagitahu aku? Kita sendiri boleh hafal johan setiap musim dalam akademi fantasia, cuba program lain? Siapakah Johan program realiti Z? Johan program realiti Q? Tak semua korang tahu dan ingat bukan?

Mengapa Mawi istimewa? Kerana dirinya sendiri. Masa ujibakat AF, memang selamba badak aje mamat ni. Siap nyanyi lagu nasyid lagi tu. Terkeluar dari AF. Peminat semua mengamuk. Bila kembali masuk ke AF, terus jadi popular dan setiap hari mesti ada seorang hamba Allah yang sebut nama Mawi kat Malaysia nih. Percaya atau tak, sejak kemunculan mawi, TAK PERNAH pun nama Mawi berhenti disebut oleh orang Malaysia sampailah ke hari ini. Ingat senang ke nak buat sampai tahap macam tu?

gambarpanasmawi 300x229 Lelaki Melayu Boleh pada bulan Jun: Mawi AF3

Ada orang kata, Mawi popular sebab dia handsome dan membawa watak lelaki yang baik-baik. Bersopan-santun. Kelakar. Pandai main silap mata. Suara nyanyi sedap. Dan macam-macam lagi. Jika korang adalah penaja atau company yang mahukan keuntungan, tidakkah korang mahu buat duit dengan Mawi? Sebab tu, jangan banyak songeh bila Mawi jadi kaya. Itu hasil usahanya yang tak pernah berhenti dan tak putus asa. Bukan mudah nak ada peminat yang kekal selama beberapa tahun ni. Walaupun dah sampai ke Akademi Fantasi yang ke 7. Aura Mawi tetap power sampai ke hari ini walaupun ada segelintir orang tak suka Mawi apatah lagi gambar-gambar panas Mawi di surat khabar. Eleh, tak suka Mawi, tapi semua berita tentang Mawi, korang baca jugak. Lagu Mawi, korang dengar juga. Semua cerita kat TV, korang tengok gak. Siap kutuk-kutuk Mawi lagi.  Jadi, sudah-sudahlah tu. Itu dah namanya rezeki. Rezeki Mawi, memang besar. 4 tahun. Tak pernah putus dan akhirnya berkahwin dengan Ikin.  Inilah lelaki melayu boleh yang penuh dengan kontroversi setiap tahun. Dia buat apa kat Malaysia ni, semua orang pandang dan lihat. Tak ke korang bangga kita ada artis Melayu Boleh yang sehebat ini? Nak jumpa Mawi yang kedua, entah bila la gamaknya..

Ps: Tiada video panas Mawi atau Ikin. Korang leh cari kat Youtube kalau mahu. Nak download mp3? Aku malas. Korang leh cari kat internet. Googlekan aje. Ok. Kesimpulannya, Mawi adalah Mawi. Dia jadi diri sendiri. Kita bagaimana? Itu yang kita tak pasti..

Arkib Melayu Boleh

2 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree