Aku rasa orang melayu memang ada banyak masalah. Tak kiralah korang duduk kat Tanah Besar Semenanjung ataupun dekat Sabah dan Sarawak, semua orang melayu boleh ada masalah. Tak tahulah kenapa, tapi ianya sudah jadi kebiasaan walaupun kita sendiri maklum bahawa kita memang tak suka masalah. Bagi aku, masalah tetap akan ada tak kiralah kita mahu masalah itu timbul atau tidak. Kadang-kadang, kewujudan kita didunia ini pun dijadikan sebagai satu masalah. Huh, teruk betulkan pemikiran manusia sekarang?
Tapi hari ini, aku tak mahu cerita tentang masalah yang susah-susah. Kita borak tentang masalah orang melayu yang susah hendak hamil. Aku tahu ramai orang melayu yang menghadapi masalah susah untuk hamil, bahkan hampir diserata dunia ini turut mempunyai masalah untuk hamil. Jika tidak, takdelah wujudnya macam-macam ubat-ubat kesuburan, pil perancang keluarga, kondom dan macam-macam lagi. Dan jangan terkejut jika ada gadis melayu boleh pada zaman ini sebolehnya tak mahu hamil. Katanya mahu fokus untuk kerja dan tidak mahu ada komitmen. Ada anak menyusahkan sebab kena jaga dan macam-macam lagi. Percayalah, anak itu satu anugerah yang sukar diperolehi. Kehadiran satu nyawa didunia ini merupakan salah satu keajaiban didunia walaupun tak termasuk dalam 7 benda ajaib di dunia. (Keyword melayu boleh juga rasanya antara benda ajaib kat Malaysia nih. Hampir setiap hari, mesti ada orang search katakunci Melayu Boleh. Fuuhhhh!)

Walaupun aku adalah seorang lelaki, tapi aku pernah baca satu panduan untuk membantu pasangan untuk senang hamil. Bagi kaum wanita yang sudah berkahwin, anda digalakkan baca panduan tersebut. Mungkin dengan asbab membaca panduan senang hamil tersebut, anda akan dikurniakan seorang bayi yang comel. Tak mustahil bukan? Satu tips utama yang aku pelajari, ketahui waktu haid dan waktu subur isteri anda. Ini bahagian paling utama yang kene belajar. Jangan main tembak hari-hari aje. Kualiti sperma kene jaga. Begitu juga pada sang isteri. Nak anak, bagitau aje si suami bila hari-hari untuk green light. Jangan malu-malu. Korang nak anak ke tak? Lagi satu, dapatkan nasihat doktor pakar. Insya-Allah, jika ada rezeki. Dapat. Jika tiada, usaha lagi dan teruskan usaha. Berdoa dan bertawakal. Aku tahu, jika korang berdoa dan berusaha, Insya-Allah akan dimakbulkan. Ini kerana satu kejadian penting dalam hidup aku betul-betul berlaku pada diri aku. Tak perlu nak cerita kat sini. Tapi keajaiban doa dan usaha yang berterusan memang akan membuahkan hasil. Bila? Itu yang kita tak pasti..
Lagi satu tips untuk mendapatkan anak walaupun sudah lama mencuba. Mungkin teknik bersenggama atau teknik seks yang para suami dan isteri amalkan kurang betul. Aku tak tahu cara mana satu yang paling tepat tapi teknik diatas ranjang atau teknik rahsia malam pertama ni mempengaruhi korang untuk mendapatkan anak. Nak tembak kene tepat, tak boleh main tembak merata. Tak masuk kat tempat yang sepatutnya, macam mana sang encik Sperma dan cik Ovum nak bersenyawa? Jadi, teknik seks yang betul mungkin akan membantu. Semua ni aku baca dari Panduan Rahsia Senang Hamil ni. Best dan akan aku jadikan bekalan bila aku kahwin nanti. Hehe..
Ps: Bila aku akan berkahwin? Itu yang kita tak pasti..


laki tak boleh hamil. hehe..
merahkataks last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
hello..hai
01/06/2009 hari tu genap setahun perkahwinan saya .tapi blum dapat good news lagi .
hari ada la sekali gi check kat klinik (scan) tapi tak dah pa masalah .doc cakap rahim ok .ovari pun ok .
tapi ntah la ..bleh tak kasi tips skit kat kita ??
mungkin cik sue kita boleh beli panduan senang hamil tu kot. Mana tahu, akan ada berita baik nanti.
sy sdh 1 thn 4 bln kawin tp x pregnant2 lg………..
conrad. you ni, laki ke pempuan?