Mungkin soalan yang aku tujukan itu berbentuk peribadi. Tapi aku ingin tahu berapa ramaikah antara anda semua masih ingat 5 rukun negara yang sepatutnya sebati sebagai seorang rakyat Malaysia apatah lagi sudah hidup dibumi melayu ini sejak hidup didunia ini? Pasti, jika korang ditanya atau diinterview secara tiba-tiba, mesti ada yang tersasul. Betul tak?

Ini semua adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia. Benarlah seperti kata-kata Tun Mahathir. Melayu mudah lupa. Aku yakin bukan aku sahaja yang mengakui kebenaran ayat keramat tersebut, tetapi ianya menjadi mimpi ngeri jika 5 rukun negara masih gagal dihafal oleh rakyat Malaysia. Kita tahu yang pasti ramai gagal menghayati maksud rukun negara tu, tapi takkan tak boleh hafal 5 rukun negara tu? Silibus matapelajaran apakah yang mengajar tentang erti dan pengertian rukun negara? Pendidikan Moral dan Sivik, rasanya bukan? Jadi, pernahkah guru-guru Melayu Boleh korang mengajar dan menyuruh korang menghafal 5 rukun negara ketika korang dibangku sekolah lagi?

Wehh. Takkan baru nak search kat Google kot tentang rukun negara? Asal kita bincang, barulah nak mula search sana sini. Itulah orang melayu. Bila kita sentuh sesebuah isu, barulah kita mula nak belajar tentang perkara tersebut termasuklah isu Rukun Negara. Jadi, untuk memudahkan korang semua. Biar aku listkan semula 5 Rukun Negara yang sepatutnya kita wajib tahu dan sematkan dalam jiwa kita.

1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kalau korang lemah dalam bahasa melayu, ini edisi dalam bahasa english plak. Aii, lemah bahasa melayu plak..

1. BELIEF IN GOD
2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
3. THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
4. THE RULE OF LAW
5. COURTESY AND MORALITY

Rukun Negara tercetus hasil daripada Peritiswa 13 Mei 1969. Sekaligus membawa maksud untuk membawa perpaduan dikalangan kaum di Tanah Melayu sekaligus kesetiaan kepada raja dan negara. Sekaligus menjadi kunci utama untuk membawa misi dan visi kepada negara kita yang akhirnya menjadi sebuah negara kecil yang hebat di Asia dan Dunia. Sekarang, ramai orang kenal Malaysia berbanding 20 tahun dahulu. Bukankah kita patut bangga sebagai rakyat Malaysia? Ya, malaysia boleh! Melayu Boleh!

Jadi, bagaimana kita hendak terapkan prinsip Rukun Negara dalam pendidikan dan juga dalam kehidupan? Aku tahu ianya sangat sukar sebab orang melayu ni memang banyak peelnya. Sibuk memanjang padahal, habuk pun tarak. Kadang-kadang, kita sedih melihat anak melayu kita yang hanyut dan menjadi penagih dadah dan peragut jalanan terhebat. Tapi apakah usaha kita ke arah itu? Aku harap, entri ini akan membantu terutamanya kepada mereka-mereka yang telah lupa 5 Prinsip Rukun Negara ataupun tak jelas tentang susunan yang betul untuk 5 Prinsip Rukun Negara. Apapun, mari kita layan lagu Jalur Gemilang. Murid-murid, bangun dan berdiri tegak!

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

sarutobisensei Cabaran Melayu Boleh: Siapa ingat 5 Prinsip Rukun Negara?

Ps: Kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang kita ingat. Kadang-kadang, kita saje je buat-buat tak ingat. Huh!

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error
 

9 Comments

  • At 2009.06.13 15:50, videono said:

    semua orang ingat maa. Lagi2 kalau ko tulis kat sini. Yang tak ingat pun jadi ingat. Haha..

    ReplyReply
    • At 2009.06.14 04:33, rina said:

      ingat. Mana bleh tak ingat.. :mrgreen:

      ReplyReply
      • At 2009.06.14 10:30, animeboon said:

        biasa kalau orang lupa. Orang kita ni memang pelupa. Tu lum tanya bab2 lain lagi.

        ReplyReply
        • At 2009.06.15 09:17, zool said:

          Tiap2 ari ada ikrar kat pejabat aku ni..
          kalau lupa gak tak tau le..
          kena sebat bontot sorang2..

          ReplyReply
          • At 2009.06.22 02:54, riku said:

            bukan sebat lagi. terajang aje. Hehe.. :mrgreen:

            ReplyReply
            • At 2009.08.17 08:49, hany said:

              love rukun negara :oops:

              ReplyReply
              • At 2010.09.09 22:11, zal said:

                :grin: time nak intrview keje krajaan baru ingat….hehehe

                ReplyReply
                • At 2010.09.13 01:35, ieykie kiykie said:

                  of course aq ingat!!! sbb aq rase ari2 aq bace….

                  ReplyReply
                  • At 2010.09.24 03:56, nurul said:

                    semua orang pun akan ingat sebab 5 prinsip ni tunjang kepada kehidupan kita….masa sekolah..selalu dibaca…takkan boleh lupa melainkan sengaja buat-buat lupa dan sengaja dilupakan…

                    ReplyReply
                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv badge

                    Spam Protection by WP-SpamFree