Aku yakin jika pertanyaan itu ditanyakan pada mana-mana orang melayu, memang diorang akan marah atau terasa dihati masing-masing. Tapi itulah hakikatnya kerana memang orang melayu mudah lupa.Tak perlu diceritakan dengan bangsa atau orang lain. Kita lihat sendiri pada orang melayu zaman kini, melayu memang mudah lupa.

Mudah lupa itu bukan sahaja bermaksud terlupa atau tidak ingat. Tetapi melayu memang mudah lupa tentang banyak perkara. Lupa tarikh lahir anak, lupa tentang perjuangan Tanah Melayu, lupa siapa yang bunuh J.W.W Birch, lupa siapa Dato’ Onn, lupa siapa yang P.Ramlee, lupa siapa nama perdana menteri, lupa tarikh ulang tahun perkahwinan dan tak kurang juga yang ramai lupa bayar hutang kawan 10 tahun yang lepas. Pendek cerita, melayu memang mudah lupa dan juga suka buat-buat lupa..

melayumudahlupa 260x300 Kelemahan Orang Melayu: Sifat Pelupa Peringkat Tertinggi

Ye. Ketawa. Gelak dan kita tersenyum bila berceritakan tentang hal melayu mudah lupa ni. Tun Mahathir sendiri berkata demikian kerana dia sendiri maklum bahawa orang melayu memang suka melupakan banyak perkara-perkara penting samada sejarah melayu, lupa nama tokoh-tokoh penting orang melayu, pengorbanan orang melayu, perjuangan Tanah Melayu dan lain-lain sehinggakan ke perkara remeh-temeh pun orang melayu lupa. Jadi, mengapalah orang melayu suka lupa dan buat-buat lupa walhal kita semua tahu hal lupa ni penting dalam kehidupan harian kita? Jawapan tu ada dalam diri masing-masing. Kadang-kadang, kita mudah menyalahkan orang lain, tapi kita buta dan lupa lihat kesalahan dalam diri sendiri. Kita mudah menuduh orang sebarangan atau menyelar sesetengah orang yang merepak disana sini, tetapi kita lupa yang kita juga banyak juga kelemahan yang perlu diperbaiki.

Jika bagi golongan pelajar, lupa merupakan masalah kronik tak kiralah pelajar tersebut masih disekolah rendah atau ke peringkat universiti. Perkara tak siap kerja, lupa buat kerja sekolah, lupa siapkan tugasan, terlupa buat, terlupa hadir kuliah, terlupa bawak beg sekolah dan macam-macam kes pelupa kita boleh dengar samada di sekolah ataupun peringkat yang lebih tinggi. Sudahlah pelupa, suka pula memberi alasan yang kadang-kadang kita rasa macam bercakap dengan orang bodoh. Mesti korang sendiri pernah rasa macam bercakap dengan orang bodoh kan?

Ya, aku faham. Tak elok berfikiran atau mengata orang lain bodoh. Ingat kita ni pandai sangat ker?? Yelah, benda dah diingatkan banyak kali, dinasihatkan berkali-kali, diulang setiap hari, tapi masih juga bebal dan masalah pelupa itu dipandang sebelah mata sahaja. Jika pelajar sekolah yang bermasalah, berhentikan sahaja pelajar tersebut. Ini kerana ianya sangat menganggu dan menghalang pengajaran dan pembelajaran disekolah. Aku yakin ramai cikgu-cikgu melayu yang bersetuju dalam hal ini terutamanya dalam menangani masalah pelajar bermasalah dan juga pelajar pelupa, betul atau tidak?

Dan masalah Pelupa ini semakin menular dikalangan remaja dan juga golongan bekerja. Tak usahlah aku sebutkan contoh-contoh melayu pelupa ni, korang sendiri boleh nampak dalam kehidupan harian korang. Malah, mungkin ianya juga berlaku dalam keluarga korang. Lihat sendiri dan nilaikan. Masalah ni, masalah besar. Tapi kita nampak ianya masalah kecil. Jadi, bagaimana orang melayu boleh hendak masalah kronik ini diselesaikan? Yang itu kita masih tak pasti..

Ps: Aku yakin, ramai lelaki melayu boleh yang bersifat pelupa. Jangan sampai terlupa bini yang duduk kat rumah sudahlah. Sekarang, terlupa 3 bulan pun boleh sampai bercerai. Apatah lagi kalau lupa setahun. Memang betul Melayu boleh terlupa dan buat-buat lupa..

Arkib Melayu Boleh

4 Comments

  • At 2009.06.26 03:13, akazuma said:

    ehm..aku pun kekadang lupa dompet aku. Hehe.. :mrgreen:

    ReplyReply
    • At 2009.06.27 12:52, merahkatak said:

      biasalah tu. Pelupa tu dah macam jadi kebiasaan bagi orang kita ni. Jangan sampai lupa mak bapak sudah la.. :neutral:

      ReplyReply
      • At 2009.06.29 06:57, kick said:

        bukan takat budak-budak aje. Terlalu banyak contoh sekarang nih.. :wink:

        ReplyReply
        • At 2009.06.29 12:45, Faizal said:

          Bulan lupa tp x amik berat sbnrnya.

          ReplyReply
          (Required)
          (Required, will not be published)

          CommentLuv badge

          Spam Protection by WP-SpamFree