EasyAd aXverta Advertising


Kejayaan Melayu Boleh: Kehebatan Animasi Upin dan Ipin

Aku rasa ramai yang tahu tentang animasi Upin dan Ipin bukan? Apakah pendapat korang tentang kartun atau anime Upin dan Ipin yang telah hampir 2 tahun bersama kita? Banggakah korang apabila mengetahui bahawa Upin dan Ipin ditayangkan dinegara lain selain Malaysia? Dan banggakah korang bahawa animasi Upin dan Ipin dibangunkan oleh orang Melayu?

upindanipin

Secara jujurnya, aku bangga dengan kejayaan Upin dan Ipin. Kemunculannya menjadi satu sejarah baru bagi orang melayu dan juga Malaysia. Bukan senang bagi syarikat Melayu untuk muncul dengan animasi sebegini. Aku rasa jika Usop Sontorian dan Keluangman dianimasikan dan diadun baik seperti Upin dan Ipin, pastinya lebih banyak lagi animasi tempatan akan bersaing dengan animasi dari Jepun. Biarpun kita masih jauh jika hendak dibandingkan dengan animasi di Jepun, tapi aku yakin tak mustahil satu hari nanti kita akan capai satu level dengan mereka.

upindanipinkawankawan

Yelah, jika kita nak bandingkan One Piece, Eyeshield21, Naruto dengan Upin dan Ipin, memang juah sekali. Tapi Upin dan Ipin mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kalau betul kita nak compare, compare antara animasi Hanimaru dan Sin Chan dengan Upin dan Ipin. Jika ini, aku yakin animasi Upin dan Ipin memang lebih hebat berbanding Sin Chan. Betul tak? Telatah Upin dan Ipin memang mengasyikkan dan membuatkan kita tersenyum walaupun siarannya cuma 5 minit sahaja. Tapi korang kene faham, berapa banyak kerja dan masa yang diperlukan untuk menghasilkan animasi yang menarik selama 5 minit. Sebab tu aku bangga dan kagum dengan tenaga kerja Les Copaque.

gengpengembaraanbermula

Setelah berjaya dengan animasi Upin dan Ipin. Les Copaque terus menyusun langkah dengan kemunculan Upin dan Ipin dalam Filem Geng. Dan projek terbaru mereka adalah Filem baru iaitu Upin & Ipin: Angkasa yang akan keluar pada tahun 2011. Fuhh. Lambat lagi tu. Ada lagi 2 tahun baru kita boleh tengok filem terbaru diorang. Biasalah, nak wat 5 minit punya anime pun ambil masa yang lama, inikan nak buat filem 1 jam setengah. Mesti lagi banyak masa diperlukan bukan? Leh tengok trailer untuk projek terbaru diorang kat site rasmi ni.

Kredit gambar kepada Les Copaque dan Website Rasmi Upin dan Ipin.

Ps: Jika korang nak beli merchandist atau produk Upin dan Ipin. Boleh usha kat site diorang. Murah gak. Pen ada, baju ada, lencana ada dan macam-macam lagi. Best gak beli untuk anak-anak korang. Hehe..

Arkib Melayu Boleh

5 Responses to “Kejayaan Melayu Boleh: Kehebatan Animasi Upin dan Ipin”


  1. 1 kick

    ehm..memang best upin dan ipin. Ramai budak2 suka animasi ni. :mrgreen:

  2. 2 riku

    comelnya upin dan ipinnn.. :twisted:

  3. 3 cyberkerisz

    Tahniah kepada Les’Copaque. Dan betul kata penulis, walaupun 5 minit tayangan, namun tenaga kerja Les’Copaque bekerja keras sehingga tgh malam utk menyediakan kandungan terbaik utk kita semua.

    Ini adalah produk kebanggaan kita semua, dari rakyat Malaysia sendiri. Marilah kita sama2 menyokong mereka. Beli CD dgn DVD original. Beli cenderahati, baju dan alatulis Upin Ipinn original.

    Mgkn dgn sumbangan kita itu membolehkan LesCopaque terus berkembang dan dikenali di mata dunia satu hari nanti.

    MALAYSIA BOLEH! Kata2 yg sudah lama tidak dilaungkan. MALAYSIA BOLEH!

  4. 4 yummy berry

    :oops: ske upin dan ipin….yummy

  5. 5 Melayu Boleh

    Mmg betul2 berjaya la org melayu ni..
    rancang ni pun ramai org tua2 yg tgk..hehe
    budak2 lg la suke..

Leave a Reply



>