EasyAd aXverta Advertising


Melayu Boleh Tips: Buat Duit dengan Nuffnang

Hari ini aku cuma hendak ceritakan tentang satu cara yang mungkin boleh membantu golongan penganggur atau pelajar universiti yang hendak buat duit di internet. Aku yakin ramai dikalangan anak-anak muda ini yang suka bersosial diruang-ruang friendster, facebook, myspace dan banyak lagi. Tapi apalah salahnya jika mereka turut meluangkan masa untuk menambah pendapatan diinternet. Bukankah itu lebih bermanfaat dan mampu membuatkan mereka berbeza daripada rakan-rakan mereka yang tidak berbuat apa-apa? Bukan aku mengatakan bahawa meluangkan masa diinternet itu tidak bagus atau berdosa besar. Cuma tak salah bukan kita buat sesuatu yang memanfaatkan diri kita?

Salah satu caranya adalah menulis blog. Tapi bagaimanakah cara untuk menulis blog? Bagi lelaki melayu boleh macam aku ini. Satu kalanya memang agak sukar untuk menulis sesuatu diblog. Buntu. Tak ada idea atau informasi yang hendak dikongsikan. Namun, aku usahakan juga dan akhirnya membuahkan hasil dan blogging sudah menjadi satu kemestian bagi aku. Bukan saja untuk menambah pendapatan, tetapi menjadi satu kepuasan dalam diri ini. Ada tempat untuk berkongsi dan meluahkan perasaan. Ini lebih baik daripada bergaduh laki bini bukan? Secara jujurnya, menulis itu indah. Jika tidak, takkanlah Tun Mahathir dan Dato Khir Toyo pun suka menulis blog?

nuffnang

Ada banyak cara untuk menambah pendapatan melalui blog. Salah satu cara yang paling popular adalah menyertai program Nuffnang. Aku yakin ramai yang tidak tahu menahu tentang program Nuffnang. Tetapi jika anda ada blog dan mahu menambah sedikit pendapatan, sertailah Nuffnang. Setakat ini, aku sudah mendapat bayaran sebanyak 5 kali dan 1 cek sedang menunggu masa untuk sampai ke rumah aku. Alhamdulillah, ada rezeki sedikit hujung bulan nanti. Ini yang membuatkan semangat Melayu Boleh membuak-buak nak dapat income lebih dengan Nuffnang ni. Hehe..

Bagaimana hendak buat duit dengan Nuffnang ini? Syarikat Nuffnang ini akan membantu kita untuk mendapatkan pendapatan. Caranya? Mula-mula sekali semestinya kita dikehendaki untuk daftar dan isi borang secara online di website Nuffnang. Setelah selesai proses pendaftaran, kita akan dapat login akaun kita. Kemudian, kita boleh ambil code dan letakkan diblog kita. Di blog kita nanti, akan terpapar iklan-iklan yang dikendalikan oleh Nuffnang. Biasanya kita akan dibayar melalui nilai klik. Jika ada orang yang melawat blog kita dan mereka klik iklan Nuffnang tersebut, kita kan mendapat nilai komisen bagi 1 klik sebanyak RM0.15 sehingga RM0.50. Itu agak lumayan bukan dan lebih baik daripada kita menonton video panas gadis melayu boleh, bukan? Sekurang-kurangnya, ia mampu mencegah kita daripada melayari website yang tak berapa elok ni. Setuju atau tidak?

Bagi aku, jika korang suka. Sertai Nuffnang. Tetapi jika korang lebih gembira untuk bersantai difriendster, facebook dan myspace. Itu hak korang. Tiada paksaan dalam agama. Tiada juga paksaan untuk menjana pendapatan diinternet. Cuma jika kita nampak peluang sebegini, kita tangkap sepenuhnya. Sekurang-kurangnya ada hasil daripada sengsara memikirkan cara untuk bayar hutang PTPTN, bukan?

Arkib Melayu Boleh

17 Responses to “Melayu Boleh Tips: Buat Duit dengan Nuffnang”


  1. 1 yusufjaafar

    Kalau macam tu aku pun nak masuk gak Nuffnang ni. Tapi aku ada satu soalan. Cari duit cara macam ni halal tak?

    Sekadar bertanya.

  2. 2 ohmelayu

    halal… :)

  3. 3 merahkatak

    halal ni. dah ramai orang melayu yang dapat cek dari nuffnang. :mrgreen:

  4. 4 safar

    Halal selagi tidak mengajak orang lain klik iklan.

  5. 5 ohmelayu

    merahkatak. Yup. Aku dah 5 kali dapat. Yang ke 6 pun akan dapat nanti rasanya..

    safar. Tau takpe. Hehe.. :mrgreen:

  6. 6 akazuma

    hehe..hutang PTPTN.. :mrgreen:

  7. 7 shakroil

    nuffnang!

  8. 8 men3

    nuffnang … kita reg sbg blogger atau advertiser ?

  9. 9 farhan91

    nuffnang nie one of the income laa
    halal
    depends on how many clicks ya got
    15cent for each click kot
    if i’ma not mistaken laa
    try laa
    die mcm google adsence

    Adakah pendekatan H1N1 di Malaysia berkesan?Ya/Tidak

    cara jawab

    BSTARZ(JARAK)BS(JARAK)ANSWR(JARAK)UMUM(JARAK)YA/TIDAK

    send ke 32300

    contoh jawapan

    BSTARZ BS ANSWR UMUM YA

    SEND KE 32300

  10. 10 ohmelayu

    akazuma. Hutang ptptn?

    safar. Itu sudah pasti. Haha.. :D

    shakroil? menda nih?

    men3. Publisher/blogger. Bukan advertiser.

    Farhan. Terima kasih kerana cuba menerangkan. Apapun..benda bstarz tu?

  11. 11 syimah

    bila signup nuffang, automatik akan kelaurke banner dlm blog kita? atau kita kena letak sendiri?

  12. 12 ohmelayu

    syimah. Kita kene letak sendiri kat blog kita. Login akaun nuffnang you, lepas tu, copy dan paste nuffnang ads code, letak kat blog you. Itu sahaja. nanti akan keluar iklan tu automatik.. :mrgreen:

  13. 13 Melayu Boleh

    Bila lah nak merasa duit nuffnang ni.. haha

  14. 14 merahkatak

    aku nak dapat cek pertama pun lama gila.. :x

  15. 15 Gregory Demoan

    Has anyone seen the new way to make money with youtube? They make 200 videos for you, and guarentee you at least 20,000 views for your business. Check it out: http://budurl.com/feps

  16. 16 Dwi

    baru nak try nuffnang.. ,,

  17. 17 Maryland Marlette

    Why have you removed my post but let useless stuff like the comments above this be allowed? I am posting useful stuff for people who are serious about making money… Ill post it again, please dont remove it this is useful information. Hi guys. I want to share a new Clickbank product with you. It is called Mobile Monopoly. Its been on the market for just over a month and is already the most selled product on Clickbank. It teaches you brand new techniques on how to earn money with Mobile Marketing. Mobile Market is BOOMING right now for making money, it is booming and i assure you with this Ebook you really can make thousands per month. Mobile Marketing is booming right now, just like the .com did in the late 90’s. Get your share of the money. Mobile Monopoly – Just check the site out. I promise you that you wont regreat it. This Ebook is for everyone who is intrested in making money online.

Leave a Reply



>