Monthly Archive for August, 2009

Mengapa orang Melayu Susah Nak Bayar Hutang PTPTN?

Hutang. Benar, orang melayu memang terlalu banyak berhutang. Begitu juga dengan aku yang mempunyai hutang yang perlu dibayar seperti hutang PTPTN, hutang kereta, hutang PAMA dan pelbagai hutang yang perlu dibayar. Kadang-kadang kita tahu yang kita suka berhutang, tetapi kita terlupa yang kita juga suka bayar hutang dengan lambat atau lebih senang nak cakap, kita tak nak bayar hutang. Kenapa benda macam ini berlaku dan kenapa budaya suka berhutang ini semakin menjadi-menjadi dikalangan orang melayu. Dah ada hutang, susah sangat ke nak bayar? Kita dah pinjam, pandai-pandailah bayar. Jangan sampai dengan budaya berhutang kita tu akan menyebabkan orang lain rasa susah atau terbeban.

hutangptptn

Ok. Kita masuk part berhutang dengan PTPTN. Mengapa aku nak berbincang tentang isu hutang PTPTN. Ini kerana aku masih berhutang dengan PTPTN. Bukan aku tak boleh nak bayar semua hutang aku itu, tapi lebih baik aku bayar sikit-sikit setiap bulan tetapi konsisten. Janji aku bayar hutang. Kalau aku bayar semua bulan ini, kang ada pulak bayaran untuk bil-bil lain yang akan sangkut dan mungkin juga membebankan bagi sesetengah orang. Jika korang mampu bayar RM50 sebulan untuk ptptn, itupun dah cukup bagus, bukan? Daripada tak bayar langsung, baik kita bayar sikit. Sekurang-kurangnya takde risiko atau potensi untuk kene saman atau keluar masuk mahkamah atau sampai kene tahan kat lapangan terbang sebab tak bayar hutang PTPTN langsung..

Ada orang yang beri alasan seperti tidak tahu cara nak bayar hutang PTPTN ni. Oklah. Aku rasa senang aje nak bayar hutang PTPTN ni. Lagi-lagi bila PTPTN sendiri tak kesah kita nak bayar dari bank mana. Janji kita ada no pin, kad pengenalan dan nama. Bagi aje kat akak-akak kerani kat pejabat pos atau bank, diorang akan uruskan. Tak sampai setengah jam, dah boleh bayar hutang PTPTN setiap bulan. Ala, RM50 aje. Takkan tak mampu kot bagi mereka-mereka yang dah kerja atau dah mampu call awek-awek atau cik abang awak tu. Kalau bergayut setiap bulan atau sms setiap hari boleh melebihi RM100 sebulan, bayar PTPTN sebanyak RM50 tak menyakitkan hati atau membebankan hidup korang, kan? Jadi, yang banyak songeh nak bayar hutang PTPTN tu kenapa? Tak kasihan ke kat adik-adik kita yang nak apply PTPTN nanti? Makin ramai yang tak bayar, makin kurang potensi adik-adik kita nak meminjam duit kat PTPTN. Aku tanya ni lagi sekali, korang tak kasihan atau bengang ke kalau adik-adik sedarah daging korang, appy PTPTN dan sepatutnya layak dapat, tapi tetiba bila apply, TAK DAPAT?? Bengang ke tidak? Kalau korang tak bengang, aku tak tahulah..

Dan jika korang hendak tahu, memang ramai orang melayu yang meminjam PTPTN ni. Orang cina atau india memang kebiasaannya dapat. Tapi bilangan orang melayu lebih ramai di IPTA dan kolej bukan? Yang dapat pinjaman pun hampir semua orang dapat tak kiralah orang kaya, orang sederhana dan orang miskin. Kira adil jugaklah PTPTN ni. Tapi yang kurang adilnya, kita yang malas nak membayar. Kalau bayar sikit-sikit pun dah cukup bagus. Itu menunjukkan kita nak membayar dan ada percubaan untuk membayar hutang ptptn kita tu. Tapi jika memang tak terlintas langsung kita nak bayar. Itu aku tak tahulah nak kategorikan makhluk tu kat mana. Nak kata tak kenang budi. Tak tahulah. Nak kata dia takde masa nak pergi bank, boleh pulak cucuk duit tiap-tiap hujung bulan. Kalau nak kata tak ada duit, boleh pulak makan sedap-sedap dengan awek atau cik abangnya. Haii..pendek cerita, bab bagi alasan ni memang orang melayu paling hebat. Sebab tu orang melayu malas dan orang melayu ni cepat lupa..

Lagi satu, jika korang ada guna maybank2u atau ada akaun bank online, korang pun boleh bayar dengan menggunakan perkhidmatan E-FES. Boleh bayar pakai mana-mana bank kat situ atau pergi sahaja kat mana-mana bank dan mintak diorang potong RM100 setiap bulan. Itu lagi senang dan tak menyusahkan korang sampai kene pergi bank setiap bulan. Buat potongan aje, itu lagi mudah dan tak membebankan korang. Kan korang malas, buat ajelah cara begini. Ini lagi mudah dan memang sesuai untuk orang malas. Aku sendiri malas nak pergi bank. Jadi aku bayar online setiap bulan. Sekurang-kurangnya, aku bayar dan aku yakin hutang ptptn aku akan habis hujung tahun ini. Alhamdulillah, aku mampu untuk membayar hutang tersebut tanpa menyusahkan orang lain dan juga mak abah aku. Sebagai lelaki melayu boleh, aku meyakinkan diri aku yang aku mampu untuk bayar hutang aku sendiri. Kita lelaki maa..

Selain daripada itu, PTPTN juga sudah memperkenalkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) terbaru iaitu semakan nombor pin. Sila taip PTPTN NOPIN[JARAK]NOKP dan hantar ke 33199. Caj yang dikenakan bagi setiap SMS ialah sebanyak RM0.50. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam sehari. Aku dah cuba cara ini dan memang kita dapat nombor pin dan kita juga boleh tahu berapa jumlah hutang PTPTN yang tinggal. Jadi, takde masalah sekarang. Semuanya memang dihujung jari..

Ps: Kadang-kadang, orang kita memang suka bermain dengan isu ini dan gelak ketawa tentang hutang PTPTN. Ada yang cakap kalau kita tak bayar pun, PTPTN masih boleh cover adik-adik kita tu. Tapi korang sedar tak PTPTN pun sengsara nak cover tu semua. Sampai fee 3% pun dah turun ke 1%, Aku antara orang yang membayar fee 3% itu. Banyak tu. 1% lagi sikit. Jadi, bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikan. Tapi orang kita sombong, orang melayu malas, orang melayu mudah lupa dan orang melayu malas bayar hutang. Huh..korang tak rasa malu ker? Aku malu..

3 Dunia dalam 1 Bumi: Dunia MLM, Dunia Melayu dan Dunia Blogging..

Dunia MLM. Aku yakin ramai antara kita yang gembira apabila membincangkan perihal MLM ataupun apa itu Multilevel Marketing tak kiralah didunia blogging atapun offline mahupun cuma borak warung kopi. Topik ini pasti tidak kering dibicarakan dimana-mana sahaja. Tak kiralah MLM versi lama ataupun vesi baru yang sedang hangat diperkatakan. Belum lagi versi MLM yang dimodifikasikan dan diomok-omokkan dengan pelbagai helah dan telah yang bijak diperkotak-kotikkan. Jadi, secara mudah MLM ini ada baik buruknya. MLM ini ada pasang surutnya dan MLM ini ada waktu indah dan gulananya. Betul tak?

Mesti korang masih ingat beberapa syarikat MLM seperti Zhulian, CNI, Sureco, Amway, Uptrend dan banyak lagi syarikat MLM yang wujud sekarang termasuklah GDI dan Shamelin Bina. Aku yakin ramai antara korang semua yang sudah menyertai syarikat MLM tersebut dan aku ucapkan tahniah kerana memilih untuk mencari sedikit pendapatan melalui MLM. Mengapa? Jangan takut dengan MLM kerana aku yakin MLM juga merupakan salah satu cara untuk mencapai kebebasan kewangan. Bukan sahaja dari dunia blogging ataupun Internet Marketing. Tapi MLM juga mampu menuju ke arah itu. Tak percaya? Tak apa. Jangan percaya. Mungkin itu lebih baik daripada korang. Tetapi, aku memilih untuk percaya. Jika aku tak percaya, memang aku takkan masuk MLM termasuklah syarikat GDI tu. Hehe..

Sebab aku memilih MLM? Tak perlu sebab yang banyak. Cukup jika ada 3 syarat asas. Pertama, siapa dan syarikat apa. Mestilah kita tahu siapa pengasas dan leader-leader yang bertanggungjawab dan tahu perjalanan syarikat tu. Takkan main redah aje bukan? Yang kedua, produk. Jika produk itu tidak meyakinkan aku. Selamat tinggallah syarikat MLM itu walaupun mungkin ianya bagus untuk orang lain. Tapi jika aku tak yakin. Aku minta maaflah. Yang Ketiga adalah plan marketing. JIka plannya terlalu susah aku nak faham, memang aku takkan masuk. Yelah, aku tak faham, downline aku lagilah belum tentu faham, bukan? Jadi, jika plannya mudah. Insya-Allah aku akan join. Itu antara syarat asas untuk aku menyertai sesebuah syarikat MLM dan kini cuma dua syarikat sahaja yang aku sertai. Shamelin Bina dan GDI. Yang lain, aku takkan sertai dalam masa terdekat. Harap maklum.

asiaceramicmarketing

Tentang Buluhmas dan Asia Ceramic. Ini dua syarikat yang dikatakan mempunyai bau-bau bacang dengan sistem MLM dan sistem trading. Aku tak nak ulas dengan lebih lanjut kerana aku juga masih ahli Buluhmas dan masih mengharapkan BNM membuat statement tentang status Buluhmas yang masih tidak ketahui hujung pangkalnya. Sudah lebih 3 bulan tetapi masih tak ada apa-apa maklum balas. Sekurangnya, bagitaulah kami semua yang status terkini. Ini tidak, senyap begitu sahaja. Dan Ceramic juga telah menerima nasib yang sama iaitu telah diserbu oleh BNM. Atas sebab melanggar akta. Akta apa? Sila selidik dulu. Aku malas nak ulas apa-apa sebab malas. Jangan tanya kenapa. Aku dah kata aku malas nak ulas. Cukuplah aku sentuh pendek. Aku menyokong syarikat MLM dan pemain MLM tempatan dan juga blogger-blogger tanah air. Jadi, sila jangan buat spekulasi yang aku suka bila Buluhmas atau Ceramic bungkus. Tidak sekali. Jika dua syarikat ini dapat bergerak kembali, aku lebih suka. Kenapa? Nanti aku ulas kenapa, tapi bukan sekarang.

Dan jika kita ulas tentang MLM dari syarikat itu sehingga ke syarikat ini, memang takkan habis kerana terlalu banyak isu yang hendak dikupas dan terlalu banyak cerita manis dan masam yang akan kita dengar. Jadi, cukuplah beberapa nama yang telah aku tulis dalam coretan kali ini. Mungkin ini cuma sentuhan pertama aku tentang MLM dalam blog ini dan mungkin akan ada edisi yang lain. Bagi aku, MLM ini indah. Perjalanan MLM juga penuh ranjau dan sengsara. Tapi kesulitan dan kesusahan untuk mengenal dunia duit dan MLM ini pasti takkan aku lupa. Kerana tanpa MLM, memang aku takkan mengenal dunia blogging yang menjadi sandaran kewangan aku sekarang. MLM dan blogging. Bolehkah digabungkan atau disatukan? Ya. Boleh. Tapi mengikut beberapa syarat dan tertibnya dahulu. Baru boleh berjaya. Itu baru namanya 3 Dunia dalam 1 Bumi. Hehe..

Ps: Hati melayu boleh aku aman seketika. Membaca sesuatu di blog Irfan. Lama tak ke sana..