Dunia MLM. Aku yakin ramai antara kita yang gembira apabila membincangkan perihal MLM ataupun apa itu Multilevel Marketing tak kiralah didunia blogging atapun offline mahupun cuma borak warung kopi. Topik ini pasti tidak kering dibicarakan dimana-mana sahaja. Tak kiralah MLM versi lama ataupun vesi baru yang sedang hangat diperkatakan. Belum lagi versi MLM yang dimodifikasikan dan diomok-omokkan dengan pelbagai helah dan telah yang bijak diperkotak-kotikkan. Jadi, secara mudah MLM ini ada baik buruknya. MLM ini ada pasang surutnya dan MLM ini ada waktu indah dan gulananya. Betul tak?

Mesti korang masih ingat beberapa syarikat MLM seperti Zhulian, CNI, Sureco, Amway, Uptrend dan banyak lagi syarikat MLM yang wujud sekarang termasuklah GDI dan Shamelin Bina. Aku yakin ramai antara korang semua yang sudah menyertai syarikat MLM tersebut dan aku ucapkan tahniah kerana memilih untuk mencari sedikit pendapatan melalui MLM. Mengapa? Jangan takut dengan MLM kerana aku yakin MLM juga merupakan salah satu cara untuk mencapai kebebasan kewangan. Bukan sahaja dari dunia blogging ataupun Internet Marketing. Tapi MLM juga mampu menuju ke arah itu. Tak percaya? Tak apa. Jangan percaya. Mungkin itu lebih baik daripada korang. Tetapi, aku memilih untuk percaya. Jika aku tak percaya, memang aku takkan masuk MLM termasuklah syarikat GDI tu. Hehe..

Sebab aku memilih MLM? Tak perlu sebab yang banyak. Cukup jika ada 3 syarat asas. Pertama, siapa dan syarikat apa. Mestilah kita tahu siapa pengasas dan leader-leader yang bertanggungjawab dan tahu perjalanan syarikat tu. Takkan main redah aje bukan? Yang kedua, produk. Jika produk itu tidak meyakinkan aku. Selamat tinggallah syarikat MLM itu walaupun mungkin ianya bagus untuk orang lain. Tapi jika aku tak yakin. Aku minta maaflah. Yang Ketiga adalah plan marketing. JIka plannya terlalu susah aku nak faham, memang aku takkan masuk. Yelah, aku tak faham, downline aku lagilah belum tentu faham, bukan? Jadi, jika plannya mudah. Insya-Allah aku akan join. Itu antara syarat asas untuk aku menyertai sesebuah syarikat MLM dan kini cuma dua syarikat sahaja yang aku sertai. Shamelin Bina dan GDI. Yang lain, aku takkan sertai dalam masa terdekat. Harap maklum.

asiaceramicmarketing 3 Dunia dalam 1 Bumi: Dunia MLM, Dunia Melayu dan Dunia Blogging..

Tentang Buluhmas dan Asia Ceramic. Ini dua syarikat yang dikatakan mempunyai bau-bau bacang dengan sistem MLM dan sistem trading. Aku tak nak ulas dengan lebih lanjut kerana aku juga masih ahli Buluhmas dan masih mengharapkan BNM membuat statement tentang status Buluhmas yang masih tidak ketahui hujung pangkalnya. Sudah lebih 3 bulan tetapi masih tak ada apa-apa maklum balas. Sekurangnya, bagitaulah kami semua yang status terkini. Ini tidak, senyap begitu sahaja. Dan Ceramic juga telah menerima nasib yang sama iaitu telah diserbu oleh BNM. Atas sebab melanggar akta. Akta apa? Sila selidik dulu. Aku malas nak ulas apa-apa sebab malas. Jangan tanya kenapa. Aku dah kata aku malas nak ulas. Cukuplah aku sentuh pendek. Aku menyokong syarikat MLM dan pemain MLM tempatan dan juga blogger-blogger tanah air. Jadi, sila jangan buat spekulasi yang aku suka bila Buluhmas atau Ceramic bungkus. Tidak sekali. Jika dua syarikat ini dapat bergerak kembali, aku lebih suka. Kenapa? Nanti aku ulas kenapa, tapi bukan sekarang.

Dan jika kita ulas tentang MLM dari syarikat itu sehingga ke syarikat ini, memang takkan habis kerana terlalu banyak isu yang hendak dikupas dan terlalu banyak cerita manis dan masam yang akan kita dengar. Jadi, cukuplah beberapa nama yang telah aku tulis dalam coretan kali ini. Mungkin ini cuma sentuhan pertama aku tentang MLM dalam blog ini dan mungkin akan ada edisi yang lain. Bagi aku, MLM ini indah. Perjalanan MLM juga penuh ranjau dan sengsara. Tapi kesulitan dan kesusahan untuk mengenal dunia duit dan MLM ini pasti takkan aku lupa. Kerana tanpa MLM, memang aku takkan mengenal dunia blogging yang menjadi sandaran kewangan aku sekarang. MLM dan blogging. Bolehkah digabungkan atau disatukan? Ya. Boleh. Tapi mengikut beberapa syarat dan tertibnya dahulu. Baru boleh berjaya. Itu baru namanya 3 Dunia dalam 1 Bumi. Hehe..

Ps: Hati melayu boleh aku aman seketika. Membaca sesuatu di blog Irfan. Lama tak ke sana..

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error
 

9 Comments

  • At 2009.08.06 01:16, mydailyblog.info said:

    :twisted: ko x msk ke dchl, hai o ke? lumayan beb…tp aku x minat…
    aku x pandai…kalau berblog leh lah…

    ReplyReply
    • At 2009.08.06 04:51, akazuma said:

      MLM. Dulu ada juga masuk. Tapi sekarang, rasa cam malas la plak..

      ReplyReply
      • At 2009.08.07 18:03, Make Money Online said:

        Emm, sape2 yg x nampak peluang di MLM, agak lah rugi..
        apa salahnya kita mencuba sesuatu yg baru, tp biarlah mencuba sesuatu yg masuk akal.. Dan salah satunya GDI..hehe.. Income yg x masuk akal dgn modal yg dilaburkan..hehe

        ReplyReply
        • At 2009.08.17 03:05, merahkatak said:

          MLm? dah lama ku tinggalkan. Mungkin sebab aku tak pandai nak deal dengan orang..

          ReplyReply
          • At 2009.09.08 11:41, ohmelayu said:

            Mydailyblog.info. Dchl? Apa kemenda tyu?? Aku suka blogging aje. Haha..

            akazuma. Dulu aku masuk. Sekarang pun masuk. Tapi versi online la..

            Make Money Online. Memang rugi. Tapi kene pandai pilih syarikat MLM. Salah pilih syarikat, salah pilih plan, salah pilih leader, bungkus la jawabnya..

            merahkatak, takpe. Ko ikut apa yang ko suka. Takde paksaan dalam MLM. :)

            ReplyReply
            • At 2009.09.15 14:00, animeboon said:

              MLM itu indah. :twisted:

              ReplyReply
              • At 2010.04.21 06:00, aisblogger said:

                emm…just never give up. ;-)

                ReplyReply
                • At 2011.02.03 08:12, yahaya said:

                  kena rajin la baru leh dgn mlm
                  yahaya recently posted..cara letak scroll pada widget

                  ReplyReply
                  • At 2011.04.06 03:46, asharulnur said:

                    sebenarnya byk yg kita masuk mlm dah jd…..pernah tak korang semua jumpa diawal penubuhan syarikat sblm mlm? kalau org mlm berjaya……sapa2 yg duduk diawal penubuhan syarikat lg berjaya….ni la rahsia yg tak pernah kita ambil tahu….knp…sbb…memang dirahsiakan…….

                    ReplyReply
                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv badge

                    Spam Protection by WP-SpamFree