EasyAd aXverta Advertising


Mengapa orang Melayu Susah Nak Bayar Hutang PTPTN?

Hutang. Benar, orang melayu memang terlalu banyak berhutang. Begitu juga dengan aku yang mempunyai hutang yang perlu dibayar seperti hutang PTPTN, hutang kereta, hutang PAMA dan pelbagai hutang yang perlu dibayar. Kadang-kadang kita tahu yang kita suka berhutang, tetapi kita terlupa yang kita juga suka bayar hutang dengan lambat atau lebih senang nak cakap, kita tak nak bayar hutang. Kenapa benda macam ini berlaku dan kenapa budaya suka berhutang ini semakin menjadi-menjadi dikalangan orang melayu. Dah ada hutang, susah sangat ke nak bayar? Kita dah pinjam, pandai-pandailah bayar. Jangan sampai dengan budaya berhutang kita tu akan menyebabkan orang lain rasa susah atau terbeban.

hutangptptn

Ok. Kita masuk part berhutang dengan PTPTN. Mengapa aku nak berbincang tentang isu hutang PTPTN. Ini kerana aku masih berhutang dengan PTPTN. Bukan aku tak boleh nak bayar semua hutang aku itu, tapi lebih baik aku bayar sikit-sikit setiap bulan tetapi konsisten. Janji aku bayar hutang. Kalau aku bayar semua bulan ini, kang ada pulak bayaran untuk bil-bil lain yang akan sangkut dan mungkin juga membebankan bagi sesetengah orang. Jika korang mampu bayar RM50 sebulan untuk ptptn, itupun dah cukup bagus, bukan? Daripada tak bayar langsung, baik kita bayar sikit. Sekurang-kurangnya takde risiko atau potensi untuk kene saman atau keluar masuk mahkamah atau sampai kene tahan kat lapangan terbang sebab tak bayar hutang PTPTN langsung..

Ada orang yang beri alasan seperti tidak tahu cara nak bayar hutang PTPTN ni. Oklah. Aku rasa senang aje nak bayar hutang PTPTN ni. Lagi-lagi bila PTPTN sendiri tak kesah kita nak bayar dari bank mana. Janji kita ada no pin, kad pengenalan dan nama. Bagi aje kat akak-akak kerani kat pejabat pos atau bank, diorang akan uruskan. Tak sampai setengah jam, dah boleh bayar hutang PTPTN setiap bulan. Ala, RM50 aje. Takkan tak mampu kot bagi mereka-mereka yang dah kerja atau dah mampu call awek-awek atau cik abang awak tu. Kalau bergayut setiap bulan atau sms setiap hari boleh melebihi RM100 sebulan, bayar PTPTN sebanyak RM50 tak menyakitkan hati atau membebankan hidup korang, kan? Jadi, yang banyak songeh nak bayar hutang PTPTN tu kenapa? Tak kasihan ke kat adik-adik kita yang nak apply PTPTN nanti? Makin ramai yang tak bayar, makin kurang potensi adik-adik kita nak meminjam duit kat PTPTN. Aku tanya ni lagi sekali, korang tak kasihan atau bengang ke kalau adik-adik sedarah daging korang, appy PTPTN dan sepatutnya layak dapat, tapi tetiba bila apply, TAK DAPAT?? Bengang ke tidak? Kalau korang tak bengang, aku tak tahulah..

Dan jika korang hendak tahu, memang ramai orang melayu yang meminjam PTPTN ni. Orang cina atau india memang kebiasaannya dapat. Tapi bilangan orang melayu lebih ramai di IPTA dan kolej bukan? Yang dapat pinjaman pun hampir semua orang dapat tak kiralah orang kaya, orang sederhana dan orang miskin. Kira adil jugaklah PTPTN ni. Tapi yang kurang adilnya, kita yang malas nak membayar. Kalau bayar sikit-sikit pun dah cukup bagus. Itu menunjukkan kita nak membayar dan ada percubaan untuk membayar hutang ptptn kita tu. Tapi jika memang tak terlintas langsung kita nak bayar. Itu aku tak tahulah nak kategorikan makhluk tu kat mana. Nak kata tak kenang budi. Tak tahulah. Nak kata dia takde masa nak pergi bank, boleh pulak cucuk duit tiap-tiap hujung bulan. Kalau nak kata tak ada duit, boleh pulak makan sedap-sedap dengan awek atau cik abangnya. Haii..pendek cerita, bab bagi alasan ni memang orang melayu paling hebat. Sebab tu orang melayu malas dan orang melayu ni cepat lupa..

Lagi satu, jika korang ada guna maybank2u atau ada akaun bank online, korang pun boleh bayar dengan menggunakan perkhidmatan E-FES. Boleh bayar pakai mana-mana bank kat situ atau pergi sahaja kat mana-mana bank dan mintak diorang potong RM100 setiap bulan. Itu lagi senang dan tak menyusahkan korang sampai kene pergi bank setiap bulan. Buat potongan aje, itu lagi mudah dan tak membebankan korang. Kan korang malas, buat ajelah cara begini. Ini lagi mudah dan memang sesuai untuk orang malas. Aku sendiri malas nak pergi bank. Jadi aku bayar online setiap bulan. Sekurang-kurangnya, aku bayar dan aku yakin hutang ptptn aku akan habis hujung tahun ini. Alhamdulillah, aku mampu untuk membayar hutang tersebut tanpa menyusahkan orang lain dan juga mak abah aku. Sebagai lelaki melayu boleh, aku meyakinkan diri aku yang aku mampu untuk bayar hutang aku sendiri. Kita lelaki maa..

Selain daripada itu, PTPTN juga sudah memperkenalkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) terbaru iaitu semakan nombor pin. Sila taip PTPTN NOPIN[JARAK]NOKP dan hantar ke 33199. Caj yang dikenakan bagi setiap SMS ialah sebanyak RM0.50. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam sehari. Aku dah cuba cara ini dan memang kita dapat nombor pin dan kita juga boleh tahu berapa jumlah hutang PTPTN yang tinggal. Jadi, takde masalah sekarang. Semuanya memang dihujung jari..

Ps: Kadang-kadang, orang kita memang suka bermain dengan isu ini dan gelak ketawa tentang hutang PTPTN. Ada yang cakap kalau kita tak bayar pun, PTPTN masih boleh cover adik-adik kita tu. Tapi korang sedar tak PTPTN pun sengsara nak cover tu semua. Sampai fee 3% pun dah turun ke 1%, Aku antara orang yang membayar fee 3% itu. Banyak tu. 1% lagi sikit. Jadi, bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikan. Tapi orang kita sombong, orang melayu malas, orang melayu mudah lupa dan orang melayu malas bayar hutang. Huh..korang tak rasa malu ker? Aku malu..

Arkib Melayu Boleh

15 Responses to “Mengapa orang Melayu Susah Nak Bayar Hutang PTPTN?”


  1. 1 Mr.UGB

    Hakikat nyer org melayu pemalas betul tak!!!
    Malas byar hutang
    Malas kerja
    Malas ape lg yerkk..
    tp 1 jer respect org melayu walaupun aku org melayu…
    ko tau ape..
    Suka cari pasal dan suka wat kerja tak berfaedah..

  2. 2 akazuma

    ehm..memang malas juga kadang-kadang..rasanya tu sifat semua orang kat dunia nih..

  3. 3 merahkatak

    bab ptptn nih. payah nak cakap. ada gak yg masih menganggur. Tu pasal tak bayar-bayar. ada gak kes yg lari. alamat dah tukar. memang susah ptptn nak trace..

  4. 4 pilot

    aku gaji banyak pun xnak byr lagi,setelkan mende lain dulu. ptptn nnt la kot.

  5. 5 Norhafidz

    no comment, don’t have any experience with ptptn yet since I’m still a student :wink:

    but probably because the post-education environment and the law is not fully utilize

  6. 6 ohmelayu

    MR UGB. Pemalas? Itu hakikat yang kita pun sukar nak ubah. Jadi, terima aje kenyataan itu..

    akazuma. Tahu takpe. Hehe..

    merahkatak. Kita bersangka baik. tapi aku sendiri menyaksikan dan mempunyai banyak bukti rakan-rakan yang nekad tanak bayar PTPTN..ceh. joli je dengan duit ptptn. Time bayar, liat..

    pilot. Takkan RM50 sebulan pun tak bleh kot. Jangan sampai surat mahkamah sudah la..

    Norhafidz. student? ko tahun akhir ke sekarang?

  7. 7 animeboon

    dah nak wat macam mana, memang depa semua tu liat-liat belaka.. :mrgreen:

    lagi-lagi klu bab duet ni..

  8. 8 reen017

    takkanlah rm50 tu tak leh nk bayar
    keteleh lak bayar..sebab takut kene tarik
    kpd peminjam2 tu..baik bayar even skit amountnyer

  9. 9 rina

    bukan tak leh bayar. Cuma malas atau tak tahu cara nak bayar aje.. :mrgreen:

  10. 10 en_me

    tak baik tak bayar hutang tawww..

  11. 11 blogger baru

    apa kes hutang-hutang nih.. :twisted:

  12. 12 jackgoat

    biasala tu ! melayu boleh !
    dulu…..masa :mrgreen: hantar borang PTPTN bagi duit…..
    sekarang…..PTPTN pula hantar borang kat peminjam…..
    baru dapat duit balik…kan adil namanya

  13. 13 eyeman

    betol tu jackgoat. Tapi biasalah, orang kita ni, time pinjam rajin. time bayar, malas..

  14. 14 aisha

    salam, org melayu kini memang x kenang budi.
    klu ade pn, segelintir je.
    aku pn xtau la pe nk jd ngn dorg,
    x pk ke org len pn nk pkai gk duet tuu,,

    ade org yg susah menggila pn still x dpt,
    tu sbb ptptn x de budjet,
    korg yg x byr tu,,tggung la dose.

  15. 15 knightblogger

    huhu..bayar ajela..

Leave a Reply



>