EasyAd aXverta Advertising


Monthly Archive for September, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri 2009

Rasanya sudah hampir sebulan kita berpuasa dan esok pula kita akan berhari raya. Tak salah aku katakan bahawa Ramadan kali ini berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas bagi kehidupan aku. Banyak perubahan dan perbezaan yang ketara. Ini juga kali pertama aku mengerjakan ibadah puasa sebagai seorang pekerja kerajaan dan juga sebagai blogger. Maklumlah, sejak dapat kerja sebegini, aktiviti aku tidak seperti setahun yang lepas. Banyak perkara yang perlu aku fikirkan dan perlu aku laksanakan dengan baik.

Selain itu, alam pekerjaan ini mengajar aku banyak perkara. Terutamanya dalam hal etika dan amanah. Tidak aku nafikan bahawa kadang-kadang sifat malas dan sifat dengki itu timbul dikalangan pekerja. Maklumlah, hati kita ni lain-lain walaupun mungkin warna rambut tu hitam. Jadi, bersangka baik sajalah yang membuatkan aku terus kekal dengan kerja sekarang walaupun ianya bukan pilihan utama aku. Namun, rezeki ini tetap aku terima dan menganggapnya sebagai satu ujian dalam hidup aku. Mungkin ada benda baik yang menunggu aku apabila kita mengamalkan sifat sabar iaitu sifat terhebat dalam diri orang Melayu. Namun, kita kene mengaku bahawa sifat kurang sabar juga merupakan salah satu sifat buruk dalam masyarakat orang Melayu. Ini kita akur dan tahu bahawa ianya memang sukar dibendung.

Dengan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca dan pelawat setia bagi blog OHMELAYU.com diatas keluangan masa untuk membaca blog ini walaupun mungkin terdapatnya kekurangan, kepincangan, kekasaran bahasa, keterlanjuran bicara, kebiadapan kata-kata atau menimbulkan kebencian dihati korang. Aku sebagai penulis utama blog ini meminta maaf dari hujung kaki hingga ke hujung folikel rambut dan memaafkan juga segala kesalahan korang kecuali bagi mereka-mereka yang masih belum membayar hutang yang tertunggak. Yang ini tak boleh nak mintak halal. Orang Melayu memang suka buat hutang tapi cukup malas nak bayar hutan. Huh!

Dan juga kepada para pelawat yang masih giat dan aktif mencari video melayu boleh atau cerita-cerita yang kurang sesuai untuk dibaca ataupun mahu melihat barang-barang terlarang, silalah berhenti. Perbuatan itu kurang sesuai pada bulan yang mulia ini dan jika boleh, hentikan terus hobi yang tak berapa best tu..

Kepada seseorang, aku harap dia berbahagia pada hari raya nanti. Aku titipkan doa agar kau bahagia sama ketika kau bersama denganku walaupun cuma seketika. Aku percaya kebahagiaan yang kau pilih itu merupakan jalan yang sesuai untuk kehidupanmu dan mampu membuatkan dirimu menerima kasih sayang yang tidak terhingga.



>