Kisah ini mungkin sensitif. Bukan apa, aku mahu bawa kita semua berfikir tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia yang sudah berjalan sejak sekian lama. Tapi baru-baru ini kita didengarkan dengan cerita panas tentang bendera malaysia yang dibakar oleh sekumpulan yang anti dengan malaysia. Aku malas nak ulas lanjut tentang peristiwa yang telah membuatkan kumpulan itu panas hati dengan rakyat Malaysia sehingga sanggup membakar bendera negara lain, tapi perlukah mereka buat sebegitu jika tidak puas hati? Bukankah ada banyak lagi cara lain jika mahu meluahkan perasaan?

Aku akur yang kita semua pernah buat silap dan kadang-kadang boleh berlaku salah faham. Tak kiralah antara dua negara ataupun dua kaum yang berbeza. Kita sepatutnya bersyukur yang negara kita (Malaysia dan Indonesia) boleh dikategorikan sebagai negara yang agak aman. Kita juga telah terima berjuta warga Indonesia yang datang ke sini untuk belajar, berkahwin dengan orang Malaysia dan yang mencari pekerjaan di sini. Malah, ramai pelajar kita yang belajar di universiti di Indonesia setiap tahun. Setiap tahun pasti ramai ahli perniagaan yang pergi ke Indonesia untuk tujuan perniagaan dan bercuti. Mengapa kejadian yang kurang enak ini perlu berlaku? Bukankah majoriti rakyat kedua-dua negara ini beragama Islam? Mengapa perlu bergaduh? Lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.

Cukup, tidak perlu lagi aku ulasa. Kita sepatutnya berbaik-baik dan mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kejadian ini diselesaikan dengan baik dan kita juga berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Itu lebih baik bukan?

Ps: Fikir secara positif.

Arkib Melayu Boleh

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree