Lelaki Melayu Boleh – Chong Wei bukan menang ihsan dan kasihan.
KEJAYAAN pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menewaskan musuh tradisi, Lin Dan pada final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Korea bukan disebabkan ihsan daripada lawannya itu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin bintang sensasi China berkenaan juga telah melakukan yang terbaik dan bukan semudah itu dia memberikan kemenangan kepada Chong Wei dalam kejohanan yang menawarkan hadiah lumayan tersebut.

“Kemenangan itu juga memberikan suatu permulaan baik bagi Chong Wei. Dia juga perlu membuang persepsi bahawa dia pemain No. 1 dunia tetapi Lin Dan terbaik dunia,” katanya kepada pemberita di Putra- jaya semalam.
Beliau menerima kunjungan dua pemain golf muda negara yang sedang meningkat naik iaitu Galven Kyle Green, 18, dan Galven Kendall Green, 11, di pejabatnya.
Sambil mengucapkan tahniah di atas kemenangan Chong Wei, Ahmad Shabery berkata, keputusan itu juga akan turut memberikan tekanan psikologi kepada jaguh badminton China tersebut.
Beliau berharap Chong Wei akan terus mencapai kejayaan pada kejohanan lain se- kiranya kemenangan terus berpihak kepadanya selepas ini.
Ia juga memberi petanda positif bahawa hasrat untuk meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London tahun ini akan tercapai.
“Buat masa ini kita akan terus memantau perkembangan Chong Wei dan memberikan sokongan moral untuk memastikannya bersedia dari segi fizikal dan mental,” kata- nya.
Chong Wei menang ke atas Lin Dan dalam perlawanan tiga set 12-21, 21-18 dan 21-14, sekali gus membawa pulang hadiah wang AS$75,000 (RM225,000). – Bernama
Ps: Takkanlah Lin Dan bodoh-bodoh nak bagi Chong Wei menang senang-senang macam tu. Lin Dan ketara tertekan masa set kedua dan ketiga. Apa pasal pula Chong Wei menang sebab ihsan atau kasihan pula..Dia menang atas kemampuan dia sendiri. Ingat senang ke nak kalahkan Lin Dan tu? Bila dah menang, ada pula yang tak percaya. Hampeh tul lahh. Chong Wei memang lelaki melayu boleh yang kacak dan hebat tau!
Arkib Melayu Boleh
- Lin Dan Tewas. Chong Wei jadi Juara Badminton Super Siri Terbuka Korea 2012
- Lelaki Melayu Boleh – Messi Pemain Terbaik FIFA Ballon D’Or 2011
- Siapa mahu download Video 3GP Melayu yang Panas?
- Debat Melayu Boleh: Masalah Ketagih Seks dikalangan Orang Melayu
- Lelaki Melayu Boleh pada bulan Jun: Mawi AF3









