PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengendalikan program khas kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mengenal pasti latar belakang pelajar tersebut dan aliran sekolah yang telah mereka lalui bagi mencari penyelesaian terbaik.

plknbudakgemuk Program khas Pelatih PLKN Yang Tiada Kemahiran 3M

“Kita nak kenal pasti mereka ini datang dari sekolah mana, bandar atau luar bandar, sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Dari situ kita akan susun balik, mungkin sekolah-sekolah yang dikenal pasti, kalau perlu ada program khas kita laksanakan untuk mengatasi masalah itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. – BERNAMA

Ps: Bagus juga tu. Lepas ni, bolehlah lelaki melayu boleh dan gadis melayu boleh sertai PLKN dan belajar membaca, menulis dan mengira. Sekurangnya, ada yang prihatin dengan peserta-peserta yang serba kekurangan ini.

Arkib Melayu Boleh

  • Melayu Boleh error
 

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge

Spam Protection by WP-SpamFree