shadow

“Tak Boleh Ke Bagi Perogol Peluang Kedua?”

Okay, bukan sebiji ayat sebegitu yang Fathia Latiff tuliskan di Twitter tetapi maksudnya sama. Baru baru ini, Fathia Latiff telah memberikan reaksi terhadap satu berita tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada seorang penjenayah.

Seorang penganggur telah dijatuhi hukuman mati dan penjara 18 tahun serta 12 sebatan selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu di Gua Musang, Kelantan.

Terpanggil untuk memberikan komen, Fathia Latiff menulis yang tidakkah undang undang boleh memberikan peluang kedua kepada individu tersebut sedangkan jenayah itu telah dilakukan lebih 3 tahun dulu.

Ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan Fathia Latiff ini dan berkata urusan taubat antara individu itu dengan Tuhan urusan peribadi juga hukuman dunia mesti dilaksanakan untuk pengajaran.

Anda rasa perlukah ada undang undang untuk memberi peluang kedua kepada penjenayah sebegini atau anda tidak bersetuju dengan Fathia Latiff? (rtky/m)

Artikel Berkaitan Balasan untuk si pembunuh dan perogol [METROTV]

PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah membunuh dan merogol seorang suri rumah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Awari Ahmad, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan rogol tertuduh dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.

Ahmad dalam alasan penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan mahkamah tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian mangsa sekali gus menolak alasannya yang mendakwa tidak berniat untuk melibas parang itu.

“Sebelum kejadian, tertuduh membawa kayu untuk merompak mangsa namun meninggalkannya di luar rumah sebelum mengambil parang di rumah itu.

“Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang ketika memberi keterangan memberitahu ibunya disembelih. Malah pemeriksaan mendapati dua kesan kelar di leher mangsa dan kecederaan lain menunjukkan mangsa cuba mengelak.

“Bagi kesalahan rogol tertuduh dalam keterangan mengakui melakukan perbuatan itu selepas mencederakan mangsa.

“Oleh itu, tertuduh disabitkan terhadap kedua-kedua kesalahan dan mahkamah tiada pilihan lain bagi kesalahan membunuh selain hukuman mati manakala bagi kesalahan rogol, tertuduh dipenjara 18 tahun dan 12 sebatan,” katanya.

Mohammad Awari dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh suri rumah di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan pada 1 Mac 2015 lalu. FOTO Fathil Asri
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 1 Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama sehingga menyebabkan kematiannya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (4) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Yashmin meninggal dunia akibat dikelar penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Kampung Batu Papan ketika suaminya, Mohd Azrul Isahak, 30, yang juga sukarelawan polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mohd Azrul yang berasa tidak sedap hati dan hilang tumpuan ketika bertugas meminta izin pegawainya pulang ke rumah seketika namun menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah, tidak berpakaian dan keletihan di jalan, 100 meter dari rumahnya.

Mangsa meninggal dunia 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan di bilik kecemasan Hospital Gua Musang (HGM), malah sempat memberitahu ‘petunjuk’ penting yang membawa kepada tangkapan suspek.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam Latifah Ariffin.

Komen

comments

Author

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *