Dalam bulan puasa ini, kita sudah lihat terlalu banyak perkara terjadi. Banjir di Pakistan, Taufan di Amerika, Letupan Gunung berapi disana sini, ramai kanak-kanak cedera parah akibat mercun buatan sendiri, banyak bayi yang tak diketahui bapa ibunya dibuang merata-rata sehingga ada yang sanggup membuangnya di dalam lubang tandas. Dan pelbagai lagi isu yang pastinya menyakitkan hati apabila melihat dan mendengarnya.
Aku mahu tanya, perlukah semua ini berlaku atau mungkinkah ini semua tanda-tanda kiamat yang sengaja Dia mahu tunjukkan pada kita? Fikirkan. Aku tahu ianya tidak seperti yang kita mahu, tetapi berhati-hatilah dalam pelbagai perkara. Sesungguhnya kita takkan dapat duga apa yang bakal berlaku pada esok hari.
P: Ini salah satu berita melayu boleh yang sesuai dikongsi bersama. Toksah la dok cari 3gp video melayu boleh kat sini. Kat sini pun tak ada gambar-gambar yang kurang elok tu. Lebih baik korang belajar apa yang patut daripada search benda yang bukan-bukan tu..
Kisah ini mungkin sensitif. Bukan apa, aku mahu bawa kita semua berfikir tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia yang sudah berjalan sejak sekian lama. Tapi baru-baru ini kita didengarkan dengan cerita panas tentang bendera malaysia yang dibakar oleh sekumpulan yang anti dengan malaysia. Aku malas nak ulas lanjut tentang peristiwa yang telah membuatkan kumpulan itu panas hati dengan rakyat Malaysia sehingga sanggup membakar bendera negara lain, tapi perlukah mereka buat sebegitu jika tidak puas hati? Bukankah ada banyak lagi cara lain jika mahu meluahkan perasaan?
Aku akur yang kita semua pernah buat silap dan kadang-kadang boleh berlaku salah faham. Tak kiralah antara dua negara ataupun dua kaum yang berbeza. Kita sepatutnya bersyukur yang negara kita (Malaysia dan Indonesia) boleh dikategorikan sebagai negara yang agak aman. Kita juga telah terima berjuta warga Indonesia yang datang ke sini untuk belajar, berkahwin dengan orang Malaysia dan yang mencari pekerjaan di sini. Malah, ramai pelajar kita yang belajar di universiti di Indonesia setiap tahun. Setiap tahun pasti ramai ahli perniagaan yang pergi ke Indonesia untuk tujuan perniagaan dan bercuti. Mengapa kejadian yang kurang enak ini perlu berlaku? Bukankah majoriti rakyat kedua-dua negara ini beragama Islam? Mengapa perlu bergaduh? Lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
Cukup, tidak perlu lagi aku ulasa. Kita sepatutnya berbaik-baik dan mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kejadian ini diselesaikan dengan baik dan kita juga berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Itu lebih baik bukan?
Ps: Fikir secara positif.
Too many students become bad and liar..
Ramai budak-budak sekolah yang tak berpuasa. Kita mungkin boleh terima jika mereka masih darjah satu atau darjah dua. Tapi takkanlah pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 5 masih tidak boleh berpuasa? Ini belum lagi yang boleh bersembahyang. Kalau ditanyakan pada 10 orang. Biasanya kita cuma akand dapat 2-3 orang sahaja yang bersembahyang penuh 5 kali sehari. Itupun yang wajib. Yang sunat tu belum tentu lagi buat. Jadi, apalah agaknya nak jadi dengan orang melayu kita? Dah tak boleh macam-macam..
Budak-budak sekolah sekarang bukan setakat dah pandai kurang ajar dengan guru-guru, malah ada antara mereka yang sudah pandai tengking dan marah guru. Kalau kena lempang dengan guru sebab terlalu kurang ajar, kebiasaannya budak-budak atau pelajar sekolah ni boleh naik minyak. Itu pasal ada yang sampai sanggup hendak bertumbuk dengan guru.
Bagi aku, perkara ini sudah bukan perkara panas. Tetapi ianya menjadi kebiasaan. Itu yang sebenarnya kita tidak mahu. Menjadi kebiasaan. Dan perkara ini boleh menyebabkan ramai pelajar kita runtuh akhlak dan menjadi lebih tidak bermoral. Tidak hairan banyak kejadian pelajar mengandung, pelajar berzina dan juga pelajar yang berpakaian seksi. Ini semua boleh mengundang perkara yang tidak baik dan rasanya memang ramai pelajar sekolah yang bertindak sedemikian. Mari kita berfikir. Apalah yang agaknya menyebabkan ini semua berlaku? Why this happen to our student?
Sebelum kita salahkan orang lain, kita perlu berfikir sejenak. Bagaimana semua ini bermula? Bagaimana kejadian buang bayi merata-rata ni boleh berleluasa? Adakah kerana undang-undang kita ada banyak yang tidak ketat? Ataupun ada kerana pegangan agama kita sangat lemah? Ataupun salah cikgu yang tidak mengajar subjek pendidikan moral dengan baik atau ustaz-ustaznya tidur dalam kelas? Ataupun salah siapa? Tak perlu nak salahkan sesiapa. Fikir. Fikir dan fikirkan..
Ps: Kadang-kadang kita lupa, semuanya ni salah diri sendiri sahaja. Kita yang perlu buat sesuatu dan perlu berubah. Jangan asyik cari gambar gadis melayu dan 3gp melayu boleh aje. Sebab itulah agaknya ramai sangat budak perempuan yang terlibat dalam video panas setiap bulan.
You came and you coming..
You ask someone to do your job
You ask someone to dirty their hand
You order them to kill
someone innocent
people who never know anything
kids who try to knowing this beautiful world
wife who want to have nice husband
husband who want to have happy family
All of them gone. Just because you want something precious
from their holy land..
People come and coming again
but with different mission and vision
come for help
come for giving something
come for sadness
come for happiness
but..
You give them something special gift..
it’s dangerous present
and it almost kill many innocent people
who come to help them.
Did they never thought something?
Did they never have family and kids?
Did they can kill their family?
How their feel if their parents or kids got killed by others people?
What they gonna do?
And us..
what we will do?
How we will react?
after they keep repeating same mistakes and stupid decisions..
do you think we should wait?
or do something better?
Ask yourself. Ask your tiny heart..
Should we do something or just keep waiting..
Recent Comments