EasyAd aXverta Advertising


Archive for the 'sukan' Category

Video Panas 3GP Gadis Melayu VS Video Panas Malaysia Menang Piala Thomas?

Ini cuma 2 video panas tentang melayu boleh yang aku agak suka tengok kat Youtube baru-baru nih. Video tentang badminton jugak lah. Biasalah, orang kita memang tak dapat dipisahkan dengan badminton. Dah macam darah daging orang melayu aje aku rasa. Sebab tu kita semua mesti ada semangat melayu boleh. Bukan takat Malaysia boleh, tapi Melayu Boleh pun kena ada maa..

Ni video masa Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992. Memang best. Aku sokong terjerit-jerit dengan keluarga masa tu. Punya la seronok sangat. Lagi2 bila Razif dengan Jailani walaupun kita kalah game ke 3. Tapi kita menang balik pada set 4 dengan bergu Cheah Sung Kit dan Soo Beng Kiang. Memang syahdu siot kalau ingat balik..

Yang ni plak masa Hafiz Hashim berjaya menang untuk ALL England punya pertandingan. Ni pun tangkap lentok gak. Maklumlah, darah muda. Semangat melayu boleh Hafiz memang membuak-buak. Sayangnya, sekarang beliau tak macam masa muda dulu. Yelah,mungkin sebab dah kawin dan ada banyak benda nak fikir. Stamina pun tak macam dulu. Jadi manjang pancit je selalu. Itulah masalah orang melayu boleh. Memang masalahnya dari dulu sama sampai sekarang. Tapi aku tetap suka Hafiz sebab dia tinggi dan hebat. Antara pemain tinggi yang Malaysia ada..

Pss: Macam mana dengan perkembangan sukan badminton negara? Bagaimana pula dengan skuad pelapis negara? Dapatkan mereka merampas Piala Thomas? Adakah ianya dapat dihasilkan seperti yang kita mahukan? Itu yang kita tak pasti..

Bolehkah Malaysia merampas Piala Thomas hanya dengan semangat Melayu Boleh?

JIka cerita tentang permainan badminton, aku percaya ramai yang tahu dan hebat bermain badminton. Malah, mungkin ada juga dikalangan korang yang pernah mewakili sekolah dan daerah pada suatu masa dahulu. Aku juga pernah main badminton dan cuma setakat daerah sahaja. Itupun sudah memadai buat aku dan kini aku lihat perkembangan yang agak baik untuk sukan badminton negara. Kelibat Lee Chong Wei, Wong Mei Choo, Zakuan, Chong Tan Fok, Lee Wan Wah, Hafiz Hashim dan lain-lain lagi membuatkan sukan badminton terus meriah walaupun kita tahu sudah lama kita tak pegang Piala Thomas atau Piala Sudirman. Fuh..

leechongweipicture

Jika kita lihat, barisan jurulatih pun tak kurang hebat. Ada 2 jurulatih lelaki terdiri daripada orang melayu dan satu jurulatih import. Misbun Sidek mengetuai perseorangan negara, Rashid Sidek pula jurulatih skuad junior, Rexy pula mengetuai skuad bergu negara. Aku rasa ini satu kombinasi yang sangat hebat disamping semangat Melayu Boleh yang membara.

Tapi kenapa masih belum kita menggapai Piala Thomas. Kali terakhir adalah pada tahun 1992. Itupun dah lebih 10 tahun. Lebih tepat 17 tahun sudah kita kepingin dengan Piala keramat tersebut. Jadi, bilakah agaknya Piala Thomas akan jatuh ke negara Malaysia? Lee Chong Wei pun sudah 26 tahun. Tidak tahu bila lagi dia boleh bertahan, begitu juga dengan bergu-bergu cina dan melayu yang lain. Sampai hari ini, masih belum ada pemain badminton negara yang sangat menyerlah. Ehm, aku rasa negara kita penuh dengan pemain-pemain yang cukup hebat. Apa kata buat satu program realiti untuk mencari skuad pelapis badminton negara? Aku yakin pasti ada pemain yang cukup hebat muncul dengan program itu. Ianya lebih berbaloi berbanding dengan program-program realiti yang belum tentu ada hasilnya atau menonton video 3gp melayu boleh, bukan?

Secara jujur, aku juga teringin untuk melihat pemain badminton dari golongan melayu. Tak kiralah lelaki melayu boleh atau gadis melayu boleh. Aku mahu sekurang-kurangnya ada single melayu yang hebat seperti Rashid Sidek dan Misbun Sidek. Bagi bergu, kita sudah ada seorang bergu melayu yang cukup hebat. Tapi kita mahu lebih. Jika kita, semuanya pemain cina sahaja. Tapi tak kiralah korang cina atau melayu, jika korang hebat bermain badminton. Joinlah skuad badminton negara dan sumbanglah sesuatu. Jika bukan kerana aku tidak dapat sertai disebabkan masalah kesihatan yang memang aku tak dapat elakkan buat selama-lamanya, sudah pasti aku sertai skuad badminton negara. Confirm! Aku boleh sebab Melayu Boleh!

Harapan aku, semoga skuad badminton negara akan kekal hebat dan mempunyai semangat yang membara untuk merampas kembali Piala Thomas, Piala Uber, Piala Sudirman dan menang di Sukan Olimpik pada masa hadapan. Tak kiralah pada tahun yang ke berapa. Janji ada sekali sebelum aku menutup mata. Hehe..

Doraemon Review: Kartun Kesukaan Kanak-Kanak Melayu Ketika Dulu..

Jika korang perasan, dikalangan kanak-kanak melayu, kartun manakah yang menjadi tontonan mereka setiap zaman? Aku pasti jika korang buat survey dan tanya pada 10 orang. 6 daripada 10 akan memberi jawapan yang sama iaitu Doraemon. Dari dulu sehingga hari ini, kartun jepun yang berjudul Doraemon ni menjadi tatapan orang melayu tak kiralah korang tu kanak-kanak melayu yang tak boleh berlari, mak bapak, pakcik makcik dan semua orang yang mempunyai mata untuk menonton kartun Doraemon ni.

Jika dulu, kartun ini disiarkan pada hari Ahad. Biasanya aku dah habis main bola sepak kat padang depan Sekolah agama masa aku kecik dulu. Balik aje habis dari main bola, terus balik sebab biasanya sebelum kartun Doraemoan, ada plak cerita Power Rangers. So, macam biasalah. Budak-budak melayu ni memang suka benda-benda cam gini. Jika dibandingkan antara 3GP gadis melayu dengan cerita Doraemon, aku rasa lagi baik korang gi layan Doraemon kan? Sekurang-kurangnya dapat merehatkan minda dan juga layan kucing robot dari abad ke 20.

Aku tak dapat berikan link download untuk 3GP gadis melayu boleh pada korang semua yang melawat ke blog ini. Tetapi aku hendak kongsikan pada korang satu video yang boleh kita kongsikan bersama iaitu Video Panas Doraremon Theme Song versi Tapping Guitar ni. Jom layan! Takkan memanjang layan 3GP gadis melayu sahaja. Tinggalkan sahaja lagi bagus kan? kan?

Nampak? Bukan main smart mamat yang bernama Zack Kim ni main. Korang rasa ada takĀ  antara lelaki Melayu Boleh yang boleh bermain gitar sedemikian. Mesti ada punya? Jadi, kepada semua orang melayu yang ada bakat, sila hantarkan video anda di Youtube untuk menjadi tatapan bersama.

Bola Sepak Malaysia: Semangat Melayu Boleh kian pudar..

Hari ini kita cerita tentang Bola Sepak pula. Seperti yang kita tahu, orang melayu memang tak boleh lari dengan bola sepak tanah air ataupun yang ada bunyinya semacam bola. Dulu, kita boleh lihat orang melayu kita sangat fanatik. Semua orang sanggup pergi ke stadium yang jauhnya entah berapa kilometer semata-mata untuk menyokong pasukan negeri masing-masing. Ada kawan sekolah aku yang sanggup tak makan satu hingga dua minggu semata-mata untuk kumpul duit untuk menonton bola di stadium. Punyalah hebat penangan bola sepak ketika itu sehingga membuatkan ramai peminat mempunyai kelab penyokong masing-masing disetiap negeri.

Tetapi, aku sedih apabila melihatkan keadaan bola sepak tanah air sekarang. Malah blog melayu boleh turut terkena tempias sedihnya kerana tidak ramai orang melihat bola sepak dikaca tv perdana sebaliknya lebih suka menonton liga English di kedai mamak. Aku tidak salahkan mereka kerana tidak melihat atau menyokong pasukan bola sepak tempatan. Ini kerana semua orang ada otak untuk berfikir sendiri dan mereka punya duit untuk pergi ke mana sahaja. Nak tengok atau tidak, itu bukan hak kita untuk menyoalkan tindakan mereka. Namun, aku masih harap masih ada semangat melayu boleh dalam hati mereka yang inginkan pasukan bola sepak tanah air bangkit seperti zaman Santokh Singh, Mokthar Dahari dan Zainal Abidin Hassan.

Masih ingat korang pada Mokthar Dahari? Tahukah juga korang bahawa beliau digelar sebagai Super Mokh pada ketika dahulu? Malah kelibatnya dalam pertandingan bola sepak menentang Arsenal menyebabkan Malaysia berjaya mengalahkan Arsenal pada ketika itu. Jika seorang pemain bola itu hebat, itu bukan disebabkan bahawa dia mengaku dia hebat. Tetapi kehebatannya diakui oleh semua pihak. Malah, pada ketika itu korang kene tahu bahawa Malaysia dikenali sebagai “Harimau Malaya” yang sangat buas. Maksudnya, Malaysia menjadi negara yang digeruni di Asia pada ketika itu sehinggakan Korea, Jepun dan Singapura menjadi pasukan kecil dimata kita waktu itu. Tetapi lihat sekarang, Korea dan Jepun sudah mengukir nama di Piala Dunia. Malaysia dimana? Semakin tenggelam dan semangat melayu boleh turut tenggelam..



>