EasyAd aXverta Advertising


Tag Archive for 'cabaran melayu boleh'

Misi Baru OhMelayu.com

Lupakan seketika diatas kekalahan aku dalam pertandingan Cabaran Melayu Boleh yang lepas. Nak buat macam mana, persediaan yang agak kurang dan strategi yang kurang menjadi membuatkan blog ini tewas dan hanya mampu lepak dimukasurat kedua dan ketiga sahaja. Nak masuk muka surat pertama pun susah. Tapi untuk jangka masa panjang, aku yakin blog Melayu Boleh ini dapat memasuki muka surat pertama dalam tempoh setahun. Takpe, lambat. Tapi sampai ke matlamat yang aku mahu..

melayuboleh123

Jadi, apa perancangan seterusnya untuk blog ini? Untuk buat duit? Ya, aku akan mula mencuba untuk menjana sedikit pendapatan daripada blog Melayu Boleh ini yang sedang meningkat naik menjadi high traffic blog. Agak sukar dan mungkin blog ini akan ada artikel dalam bahasa english pada masa hadapan untuk menyeimbangkan dari segi trafik walaupun kini blog ini mampu meraih trafik dari pelbagai negara. Baru sahaja 1 bulan lebih, jumlah visitor sudah hampir ke 7 ribu. Itu satu pencapaian yang memberangsangkan bagi blog baru yang hanya bergantung pada SEO yang aku lakukan. Benar seperti yang dijangka permainan SEO mampu menjana trafik yang tinggi jika kita gunakan pada tempat yang betul.

Bagaimana pulak dengan website penampan bagi keyword Melayu Boleh? Adakah blog ini membantu? Aku yakin ianya sangat membantu dan aku akan cuba menyampaikan pelbagai artikel yang berkaitan dengan gabungan pelbagai niche yang mampu menarik pembaca untuk kekal membaca diblog ini setiap hari. Maaf jika aku kurang update beberapa hari ini. Ini kerana keadaan badan yang kurang sihat. Barisan penulis yang lain juga turut sibuk dan aku juga sedang mencari penulis blog yang mampu membantu blog ini untuk kekal menjadi website penampan Melayu Boleh dalam tempoh 3 bulan akan datang. Semoga ianya akan berjaya.

Ok. Rasanya setakat itu sahaja update kali ini. Tidak banyak yang hendak aku bicarakan dan nantikan sahaja artikel-artikel terbaru yang akan ditulis oleh barisan penulis OhMelayu dot com. Semoga lebih banyak lelaki Melayu Boleh yang akan mengemari blog ini dan menjadi ingauan bagi gadis melayu boleh. Untuk peminat setia video panas Melayu Boleh. Korang memang takkan dapat cari diblog ini. Aku mintak maaf sebab tak dapat penuhi permintaan korang kerana aku dah tak minat layan video 3GP Melayu Boleh atau video Gadis Melayu. Mungkin korang lebih bagus layan video kamen rider atau One piece, bukan? Setidaknya ada banyak cerita tauladan daripada 2 video berlainan genre tersebut.

Cabaran Melayu Boleh akan Berakhir: Kelahiran Website Penampan Melayu Boleh

Jika korang selalu masuk ke blog ini, korang akan perasan hampir 90% orang yang datang ke blog ini datangnya dari search engine. 5% trafik datangnya hasil daripada aktiviti blog hopping aku dan 5% datangnya dari hasil promosi diblog-blog sampingan aku yang lain. Jadi, ini membuktikan bahawa memang ramai orang melayu yang suka mencari keyword melayu boleh ini setiap hari dan setiap jam. Aku selalu monitor feedjit disebelah kanan blog ini, aktiviti memang aktif dan aku lihat ramai orang mencari keyword seperti video gadis melayu, video melayu boleh 3gp melayu boleh, gadis melayu boleh, cerita seks, cerita seks melayu boleh, hack friendster private photo, panduan menguruskan jenazah, video seks melayu, artis melayu boleh, gadis melayu comel dan macam-macam lagi. Pening gak aku dibuatnya. Memang aku akui untuk membuat blog penampan untuk katakunci melayu boleh cukup sukar. Tapi ini cabaran yang perlu aku tempohi. Huhu..

agonhirumacombination

Hasil usaha sejak aku membeli domain ohmelayu dari Godaddy ini dan dihostkan di Netkl, aku akui blog ini akan menjadi salah satu blog utama aku pada masa hadapan. Aku harap blog ini akan berfungsi sebagai blog penampan melayu boleh yang cemerlang dan akan dapat mengurangkan carian melayu boleh disearch engine walaupun aku tahu bila diorang tak cari apa yang diorang jumpa, diorang cuma perlu tukar katakunci lain dan search lagi dan lagi. Mudah bukan? Tapi, bukan mudah untuk membuat artikel yang mampu menarik minat orang melayu membacanya dan insaf dari artikel tersebut. Cukup sukar. Tapi usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil. Bila? Itu yang kita tak pasti..

Cabaran melayu boleh yang tinggal beberapa hari sahaja lagi ini membuatkan aku buntu untuk terus menyusun langkah untuk memastikan blog ini memasuki muka surat pertama di Google. Sungguh sukar sebab persaingan yang hebat dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Dahsyat dan aku harap setelah cabaran melayu boleh ini tamat, mereka semua akan kekal mempromosikan blog diorang untuk terus menjadi web penampan. Sekurang-kurangnya, updatelah seminggu sekali. Jangan biar bersawang plak..

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Khas untuk korang. Lagu nyanyian Saleem yang bertajuk Air Mata Kasih.



>