Tag Archive for 'gambar akhil hayy'

Gosip Panas Melayu Boleh: Ustaz Akhil Hayy, Maizawati Zainal dan Waheeda

Sebenarnya, aku malas betul nak cerita bab-bab artis melayu boleh tanah air ni. Tapi aku terpanggil untuk kupas isu ni dari pandangan mata aku sendiri. Walaupun aku belum berkahwin dan tak tahu sangat sanga hal kain dalam rumah tangga laki bini ni. Tapi dari sudut pandangan aku, isu Akhil Hayy, Maizawati Zainal dan Waheeda sangat menarik perhatian aku. Aku harap ianya tidak jadi kes macam Norman, Abby dan Memey. Kita sendiri boleh lihat satu lagi sejarah baru dalam dunia artis tanah air. Aku sendiri pun tak faham kenapa sejarah macam ni boleh berulang lagi. Memang sejarah akan berulang lagi macam nyanyian Tomok agaknya..

Jadi, apa kesnya disini? Kepada yang dah baca kat surat khabar, blog-blog hiburan, majalah dan lihat sendiri di kaca television, apa yang korang nampak dalam situasi yang aku rasa macam dah kritikal ni? Secara jujurnya, benda ni memang susah nak jawab dan hal ni berkaitan dengan 3 pihak. Nak kata salah pihak sana, pihak sini pun memang salah. Nak salahkan media, memang kerja media mencari berita panas macam ni. Diorang tak cari, artis sendiri yang cari masalah. Dipendekkan cerita, memang wat panas hati sendiri la..

akhilhayywaheeda

Bila aku tahu yang mana si Akhil Hayy tak balik rumah hampir 3 bulan, mahu panas juga hati ni. Yelah, dia dah sah-sah ada bini. Bukan tak lawa pun isteri Akhil Hayy tu. Lawa beb. Ayu dan bertudung lagi tu. Takkan tak nak balik rumah jengok bini dan anak kot? 3 bulan puasa malam-malam. Dahsyat tu..itu baru satu perkara. ADa plak satu malam, leh plak tengok wayang sama-sama. Walaupun masing-masing wat bodo je dalam hal tu, aku rasa kita semua leh bau apa yang sedang berlaku dan apabila Akhil Hayy mengambil jalan untuk berdiam diri, aku rasa pihak yang sakit hati adalah Waheeda dan Maizawati. Sesiapa pun akan hilang semangat melayu boleh diorang dan kecewa bila diperlakukan begini..

Dan bila aku tahu yang Akhil Hayy ada juga minta izin untuk kahwin lagi satu. Sah-sah dengan siapa? Korang pun boleh fikir kan? Dan bila Waheeda menafikan macam-macam. Aku rasa ramai yang dah cukup bengang. Aku masih tak bengang, tapi aku tahu benda-benda macam ni akan terbongkar dan segala aib akan terbuka. Akibatnya, sampai nak mintak cerai. Aii..aku harap ianya tidak berkesudahan seperti kes Norman dan Abby walaupun aku rasa memang dua-dua tu ada masalah. Tapi antara Ustaz Akhil Hayy dan Maizawati, kita memang tak tahu dan tak nampak salah sangat. Cuma aku harap benda ni boleh settle dengan cara baik. Selesai luar mahkamah lagi baik dan jika tali perkahwinan tu dapat diselamatkan, itu lebih afdal dan jika perkahwinan antara Akhil dan Waheeda dijalankan. Itu sudah menutup semua cerita yang tidak baik. Yelah, tak elok anak dara kene macam ni. Kesian gak kat Waheeda. Tapi aku lagi kesian kat bini Akhil Hayy. Akhil Hayy? Aku ok je dengan ko. Cuma cara dan pembawaan ko tu tak sesuai dengan dunia artis.  Cuma sikap tak peduli dan buat hal masing-masing tu je dah tercemar sekarang.

Orang Melayu boleh kita ni pemikirannya konservatif sikit. Jadi bab-bab macam ni, memang diorang tak boleh terima. Even aku boleh terima, aku yakin ada lagi 90% orang takkan boleh terima dengan apa yang Akhil Hayy dah buat. Dah kahwin, tapi sanggup ambil gambar kat tepi pantai. Fuhh, kalau aku bini dia pun panas. Malam-malam plak tu. Bukan waktu siang dan kegembiraan Waheeda yang sangat ketara antara dia dan Akhil Hayy dalam gambar tu. Sesape pun meroyan wehh..

Credit gambar kepada Ohartis

Tapi, itu hanyalah apa yang aku fikir dan ada gak yang aku tak sampai hati nak katakan. Benda ni cuma boleh setel diantara Akhil Hayy dan isterinya. Waheeda orang luar dalam perkara ni dan kita tunggu ajelah keputusannya dalam masa terdekat ni.  Kahwin atau tidak Akhil Hayy dengan Waheeda. Haa, itu yang kita tak pasti..

Ps: Kekadang, gosip artis melayuu boleh lagi panas daripada video panas melayu boleh. Pelik aku..