EasyAd aXverta Advertising


Tag Archive for 'malay fast food'

Melayu Boleh Traditional Food Review: Nasi Lemak Sambal Sotong

Kenapa orang melayu suka makan nasi lemak? Aku sendiri tidak tahu bagaimana fenomena atau epik ini bermula. Tetapi sejak aku berumur 4 tahun lagi aku sudah disuapkan dan dimomokan bahawa nasi lemak itu adalah makanan yang sangat sedap oleh ahli keluarga aku. Hampir setiap sabtu dan ahad sejak aku kecil, abah aku akan bawa aku pergi makan nasi lemak sambal sotong di 3 kedai yang famous di Banting. Walaupun 3 kedai itu sentiasa bertukar lokasi, namun pelanggan tetap mencari mereka. Yelah, secara jujur, memang nasi lemak sambal sotong diorang adalah yang tip top di kawasan Banting.

nasilemaksambalsotong

Yang menjadi kehairanan, dulu mungkin sahaja orang melayu sahaja yang suka makan nasi lemak sambal sotong ini. Orang cina dan india juga turut membanjiri 3 kedai nasi lemak tersebut. Tapi ianya sudah menjadi kebiasaan di Banting. 3 kedai nasi lemak itu sentiasa penuh sejak jam 7 pagi hingga 10 pagi. Itulah waktu genting dan jika korang sampai pada waktu puncak, memang tak dapat meja dan tempat duduk. Nasib tak baik, korang bungkus sajalah nasi lemak tu untuk dibawa balik dan makan sahaja dirumah.

Aku rasa semua orang pun tahu yang orang melayu memang takkan dapat lari dengan nasi lemak. Pergilah mana ceruk sekali pun, mesti korang akan cari nasi lemak untuk dimakan. Ini adalah menu wajib setiap pagi dan aku rasa semua orang tahu kehebatan nasi lemak di Malaysia. Jangan main-main, Airasia pun ada tawarkan nasi lemak tau jika korang naik flight diorang. Bukan calang-calang keistimewaan nasi lemak sambal sotong ni. Korang leh makan diudara lagi tu walaupun harganya memang agak mahal.

sambalsotong

Jika orang asing atau pelancong luar negara datang ke Malaysia, nasi lemak antara juadah pertama yang mereka akan cari. Mungkin kerana dipromosikan dengan baik, ini membuatkan Malaysia juga turut dikenali diserata dunia kerana makanan tradisionalnya seperti Nasi Lemak. Walaupun bagi diorang sambal nasi lemak kita agak pedas, tapi bagi mereka ini satu keunikan yang mereka memang takkan jumpa dinegara asal diorang. Sesungguhnya, jika korang dilahirkan di Malaysia dan tidak pernah makan nasi lemak, korang adalah orang yang sangat rugi. Ini antara nikmat yang sukar diperolehi dinegara-negara lain terutamanya di Afghanistan, Afrika, Somalia dan lain-lain. Huh! Itu antara keistimewaan dan keunikan nasi lemak sambal sotong dinegara kita. Negara lain takde punye..

Epik dan sejarah bermulanya nasi lemak ini. Aku masih tak tahu siapa yang menciptanya. Dan ianya menjadi igauan ngeri bagi gadis melayu boleh yang seksi dan juga yang mahu menjaga badan. Ada orang kata makan nasi lemak ni boleh wat kita jadi gemuk. Mungkin. Tapi itu hanya kepada orang yang malas bersenam dan asyik duduk dirumah sahaja. Bagi lelaki melayu boleh yang aktif bersukan macam aku ini, aku rasa ianya bukan masalah besar. Hidup ini hanya sekali, makan je semua selagi mampu. Dah mati, tak boleh makan dahhh..

Ps: Aku sedang mencari resepi nasi lemak sambal sotong. Takpe, nanti mintak mak aku ajarkan. Mak aku pandai masak nasi lemak. Aku je yang pandai makan. Ehh, lelaki melayu boleh mesti pandai makan kan? kan? Hehe..



>