Tag Archive for 'read manga online'

Download and Watch One Piece Anime Online at Watch-Onepiece.com

Jika korang peminat anime dan minat membaca manga online di Onemanga, aku kira korang pasti berminat untuk mengetahui lubuk-lubuk website untuk menonton anime secara percuma bukan? Yelah, nak beli kat kedai-kedai yang jual kat dalam negara ni memang susah. Kalau ada pun, memang super mahal. Jadi, internetlah menjadi nadi utama untuk menonton anime secara percuma.

watchonepieceonline

Sejak 2-3 hari ini, aku berminat untuk mencari website yang menayangkan anime One Piece secara percuma dan tak kurang juga mencari website yang bagi kita download anime One Piece jenis format AVI. Ternyata usaha aku agak membuahkan hasil. Aku jumpa satu website ni dan aku rasa korang pun mesti selalu lepak dan layan anime One Piece kat website ini. Fungsinya macam youtube juga tapi khas untuk anime One Piece sahaja. Anime lain tak ada. Mungkin kene cari kat tempat lain la gamaknya. Kalau nak anime Naruto, korang leh tonton versi format AVI kat Crunchyroll atau kat Narutocentral. Tapi jika mahu One Piece, dapatkan diwebsite dibawah ni:

Watch One Piece Anime Online here: Watch-Onepiece.com

Bukan setakat ada anime, korang pun leh layan manga online kat website ini juga. Yang paling latest adalah episode yang ke 542. Aku rasa sama aje dengan Onemanga punye episode. So, mana-mana pun korang boleh tibai. Janji layan.

Selain itu, korang bukan sahaja boleh layan mana-mana anime One Piecen episode, korang pun leh baca manga One piece secara online disini. Malah, terdapat juga One Piece Movie yang boleh ditonton secara percuma. Rugi plak rasanya kalau korang tak layan sekali kan?

Ps: kepada pencari video panas 3gp gadis Melayu boleh, sila layan video-video panas One piece disini terlebih dahulu. Korang tak bosan ke tengok 3gp melayu aje?

Berapa ramai orang Melayu yang membaca manga online di Onemanga?

Berapa ramai orang melayu di Malaysia ataupun blogger melayu yang suka baca manga secara online di website Onemanga.com? Aku percaya ramai blogger melayu yang berbuat demikian kerana mereka boleh menghabiskan waktu dan mencari idea untuk menulis diblog masing-masing apabila membaca manga online di sana.

onemangaphotos

Secara jujurnya, aku sendiri berminat untuk membaca manga dan komik. Mungkin ini disebabkan oleh minat orang melayu yang suka membaca. Aku akui aku suka membaca tak kiralah apa jenis bacaan. Janji ianya mampu mendatangkan manfaat dan dapat memberikan aku satu ilmu yang baru pada hari itu. Jadi, kebiasaannya aku akan melatih diri aku membaca benda baru dari pelbagai sumber setiap hari. Cukuplah jika aku dapat 1 ilmu walaupun dari membaca manga Naruto ataupun Bakuman. Itu sudah cukup bagus bagi aku lelaki melayu seperti aku. Hehe..

bakuman

Jadi, mengapa perlu memilih membaca manga online di Onemanga pula? Di sini aku tulis ulasan ringkas mengapa aku suka Onemanga. Pertama, gambar yang besar. Penuh satu skrin laptop ni dan aku boleh membaca dengan baik. Ini juga membantu aku dari segi emosi dan suasana. Jadi, jika aku kebuntuan untuk menulis artikel atau menyiapkan kerja online, aku akan pergi ke sini dan membaca. Malangnya tidak ada manga dari penulis berbangsa melayu ataupun lelaki melayu boleh dari negara kita. Sayang bukan? Aku harap pada satu hari ada penulis atau pelukis manga yang berasal dari Malaysia dan dikeluarkan di website Onemanga. Siapa tahu satu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan bukan?

Bagi aku, membaca manga online di Onemanga lebih kepada satu hobi yang agak ekstrem. Ini kerana aku mesti masuk website ini setiap hari. Yelah, dah internet ada 24 jam. Takkan tak pernah masuk website Onemanga tu kan? Jadi, apalah salahnya aku masuk setiap hari. Even friendster aku pun jarang gila aku buka. Hehe..