EasyAd aXverta Advertising


Tag Archive for 'subjek bahasa melayu'

Mengapa Orang Melayu Malas Membaca?

Jika aku katakan bahawa orang melayu mempunyai satu sifat yang sangat disukai oleh semua bangsa didunia ini, korang mahu percaya atau tidak? Tanak percaya? Ok, boleh dengar hujah-hujah aku selepas ini.

Orang Melayu mempunyai sifat Pemalas yang sangat sukar dibendung. Jika korang masih menafikannya. Sila teruskan bacaan. Mengapa orang melayu suka jadi pemalas dan malas untuk buat itu ini? Aku tidak jumpa alasan yang sangat sesuai untuk sifat pemalas ini kerana kadang kala aku pun agak malas. Jadi konsep pemalas dan malas ini sudah sebati dalam kehidupan orang melayu. Baik dulu atau sekarang. Semua orang pasti ada sifat pemalas cuma ianya hadir dalam keadaan dan bentuk yang berbeza.

Orang melayu malas membaca. Ini aku sangat akui. Sebab aku sendiri malas membaca. Tapi ianya terhad kepada buku berbahasa english yang tebalnya melebih 200 muka surat. Jika kurang dari itu, aku masih sanggup membaca. Bagilah aku buku berbahasa melayu, 1000 muka surat dan ke atas, aku sanggup membacanya. Rekod terbaik membaca novel aku adalah 5 jam direct tanpa henti untuk lebih dari 1000 muka surat dan ke atas. Paling lambat, sehari. Itupun sebab ada kekangan kerja yang tidak dapat aku elakkan. Dan ramai juga kawan-kawan lelaki melayu boleh aku yang malas membaca tak kiralah komik, baca manga online, buku, ebook, surat khabar, majalah dan macam-macam lagi. Tapi aku yakin semua orang ada bacaan kegemaran, bukan?

Cuba korang bayangkan jika korang tak dapat membaca? Dunia ini sangat gelap rasanya. Bukan aku menafikan bahawa korang tak boleh buat duit tanpa membaca. Tetapi ilmu membaca ini adalah ilmu asas dalam kehidupan manusia. Korang akan rasa kurang sesuatu jika sukar untuk membaca terutamanya untuk bahasa melayu. Korang tak rasa apa-apa ke jika korang gagal dalam ujian Bahasa Melayu dulu? Kalau aku, malu siot! Itulah yang kawan-kawan melayu boleh aku rasa bila diorang gagal subjek Bahasa Melayu dulu. Menyesal tak sudah-sudah. Nasib baiklah subjek Bahasa Melayu ada BM Julai dan kita boleh repeat exam tu setiap tahun. Kalau tak, susah woo mahu mintak kerja nanti. Kalau kerja sendiri tu lainlah..

Jadi, kepada golongan ibu bapa. Sila pastikan anak-anak korang mampu membaca. Didiklah mereka sehingga mereka mampu membaca surat khabar dan tak lupa untuk membaca Al-Quran. Aku tahu ramai ibu bapa yang gagal membaca Al-Quran setiap hari. Jika kita bandingkan zaman kanak-kanak kita yang berlumba-lumba untuk khatam Quran setiap hari dengan hari sekarang, besar perbezaannya bukan? Jadi, buatlah contoh yang baik untuk anak-anak kita sendiri. Kalau anak tak pandai membaca, memang aku salahkan 100% ke tangan ibu bapa. Bukan guru-guru. Sebab itu memang tanggungjawab mak abah kita. Jika ada yang memberi alasan sibuk, alasan itu aku tidak dapat terima. Tapi jika masalah kekangan hidup atau kehidupan yang daif sampai tak mampu beli surat khabar. Itu lain plak keadaannya. Namun, cubalah untuk mengajar anak-anak kita membaca. Itu bekalan untuk anak-anak kita. Jika kita tak pandai membaca, pastikanlah anak-anak kita pandai membaca. Itu bagus untuk masa depan dan juga memudahkan mereka untuk diterima bekerja.

Ps: Membaca itulah arahan pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad. Bukan solat. Tapi kenapa ramai sangat orang melayu Islam yang gagal membaca dan masih tak boleh membaca Al-Quran? Itu yang kita tak pasti..



>