Tag Archive for 'temuduga guru KPLI'

Melayu Boleh Review: Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kita semua maklum yang masih ratusan ribu orang rakyat Malaysia yang masih tidak ada pekerjaan tetap mahupun pekerjaan tak tetap. Aku kurang pasti apa yang menyebabkan begitu ramai orang yang masih tidak dapat kerja dan masih menganggur. Mungkin sebahagian daripada mereka mempunyai pekerjaan, tetapi mungkin angka gajinya tidak sehebat orang yang kerja kerajaan ataupun bekerja disyarikat swasta.

Jadi, isu kekurangan pekerjaan di Malaysia merupakan perkara serius yang perlu kita ambil tahu. Aku tahu bagi pihak keluarga, pastinya mahu anak-anak berkerja ditempat yang bagus dan punya gaji yang sewajarnya. Tetapi mentaliti orang kita yang tidak mahu bekerja dan memilih kerja membuatkan ramai orang melayu khususnya masih terkial-kial mencari pekerjaan. Bagi aku, mereka bukan tak nak bekerja. Pukul rata, ramai yang berusaha mencari kerja. Interview sampai 3-4 kali sehari, tetapi masih tak dapat pekerjaan yang bagus dan ini merungsingkan hati mak abah kita.

lelakimelayubolehh

Salah satu sebab utama adalah orang melayu kita ni suka memilih kerja. Takut pekerjaan itu tidak standard dan macam-macam lagi alasan yang akan diberikan. Ada mak bapak yang tak bagi anak perempuan mereka bekerja. Itu tak ada masalah. Cuma pandai-pandailah sara hidup anak perempuan anda tu. Dunia sekarang, perempuan sudah boleh mencari nafkah cuma kena pandai jaga batasan ketika bekerja sahaja. Jangan pulak terjebak dengan dunia lakonan video 3gp atau video panas melayu boleh sudahlah. Itu yang kita patut elakkan. Mak bapak bagi izin bekerja, tapi anak melayu kita buat kerja tak senonoh plak. Baik laki atau perempuan, semuanya sama sahaja. Itu pasallah majoriti yang tidak dapat pekerjaan yang bagus-bagus adalah dari orang melayu. Betul atau tidak?

Sekarang, begitu ramai yang ingin bekerja dengan kerajaan. Baik sebagai pegawai, kerani atau yang lebih popular adalah Guru. Aku yakin ramai yang menunggu peluang untuk menjadi Guru tak kiralah samada jawatan tetap atau kontrak. Janji ada kerja dan ada peluang untuk diserap dalam sektor kerajaan. Mungkin korang boleh dapatkan Panduan Kerja Kerajaan yang saudara Jamal kita tulis ni. Beliau sudah banyak membantu ramai orang mendapat kerja kerajaan. Dia cuma tulis pengalaman dan tips untuk membantu kita dapat pekerjaan serta tips-tips yang bagus untuk temuduga. Jadi, mungkin ini dapat membantu golongan yang masih mencari pekerjaan diluar sana. Tak rugi mencuba, bukan?

Ps: Ada temuduga hari Jumaat ni. Harap-harap tak mengelabah waktu temuduga nanti. Jawatan tetap plak tu..

Kisah Guru Melayu: Bolehkah Guru merotan atau menghukum pelajar?

Sempena nak menyambut Hari Guru tahun ni, aku dengan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku di Sekolah Sri Langat, Banting. Sekolah Agama Unwanus Saadah Kanchong Darat, Banting, Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya dan pensyarah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan serta di Universiti Malaysia Sabah. Jasa anda semua pasti aku kenang sampai bila-bila. Maafkan anak muridmu yang tak berapa pandai dan selalu ponteng kelas nih. Walaupun cikgu selalu merotan pelajar nakal seperti aku, jasamu tetap kukenang sampai bila-bila.

sarutobisensei

Aku teringat kisah sewaktu aku masih darjah sekolah. Kelas 1 Siantan. Waktu itu hari peperiksaan. Aku tak ingatlah pertengahan tahun ke akhir tahun punya exam. Tapi nak dijadikan peristiwa, aku hendak meminjam pemadam daripada kawan aku yang kedudukannya dibelakang aku. Tetapi perbuatan aku itu kedapatan. Jadi, cikgu itu bertanya pada aku. Kenapa aku buat bising walhal kelas tu memang bising ketika itu. Aku cuma berpaling ke belakang dan minta pinjam pemadam sahaja. Tetapi cikgu melempang aku tanpa sempat aku membela diri dan akibatnya terkeluar la juga setitis dua air mata jantan aku. Cis!

Dan kesannya, kelas itu senyap selama satu minggu dimusim peperiksaan itu. Mana taknya, kelas aku kelas paling bising untuk ranking darjah 1. Yelah, budak-budak lagi. Biasalah wat bising kan? Sepak sana, kacau budak perempuan, ejek nama ayah, kutuk sana sini. Ala, biasalah beb. Nama pun budak darjah satu. Tapi pelempang maut tu menyedarkan aku bahawa cikgu perempuan tu sangat garang. Hehe..namanya? Rahsia. Cikgu tu jugak yang selalu belanje aku aiskrim 20 sen tu. Biasalah, nak amik hati aku la tu sebab dah lempang aku. Taktik tu. Aku tauu..

Jadi, aku nak tanya korang-korang semua. Pernah tak kene rotan dengan cikgu-cikgu melayu korang? Aku dengan jujurnya mengaku bahawa aku pernah dirotan. Bukan sekali. Tapi acapkali sampai aku dah tak ingat berapa kali aku dok kene rotan. Tak kene tangan, kat punggung. Paling cikai pun tarik rambut atau cubit tangan atau perut aku. Punyalah perit. Serius, kalau aku kembali ke darjah satu. Memang aku tak nak buat jahat maa..

kakashisensei

Persoalannya sekarang, jika murid atau pelajar nakal. Wajar atau tidak kita merotan atau menghukum pelajar? Bagi pendapat aku, kalau dah nakal sangat dan tak makan saman. Aku hentam aje diorang. Biar diorang rasa yang kita ada perasaan dan maruah. Kadang-kadang, ada sampai Guru melayu menangis sebab merotan pelajar. Dan tak selalunya ada kes sampai murid masuk hospital akibat dirotan pelajar. Biasanya, murid-murid yang bersalah dan tidak mendengar kata. Cikgu tak akan merotan pelajar jika mereka tak buat hal. Jadi, kepada ibu bapa. Tolong jangan salahkan guru melayu atau guru yang lain jika mereka merotan anak anda. Kesilapannya sebenarnya bermula dari ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Tugas guru dah cukup berat. Jika setiap kesalahan itu ditujukan kepada guru, siapalah nak jadi guru hari ini bukan? Jadi, kepada ibu bapa. Salahkan diri sendiri dulu. Bolehkan?

Dari Pihak OhMelayu : Selamat Hari Guru, cikgu!

Pss: Siapa nak gi walking-interview untuk jawatan Guru Kontrak. Leh pergi Kuantan hari Selasa minggu depan. Bawaklah apa-apa sijil yang patut dan jawab apa yang ditanya. Ok?