EasyAd aXverta Advertising


Tag Archive for 'website melayu boleh'

Misi Baru OhMelayu.com

Lupakan seketika diatas kekalahan aku dalam pertandingan Cabaran Melayu Boleh yang lepas. Nak buat macam mana, persediaan yang agak kurang dan strategi yang kurang menjadi membuatkan blog ini tewas dan hanya mampu lepak dimukasurat kedua dan ketiga sahaja. Nak masuk muka surat pertama pun susah. Tapi untuk jangka masa panjang, aku yakin blog Melayu Boleh ini dapat memasuki muka surat pertama dalam tempoh setahun. Takpe, lambat. Tapi sampai ke matlamat yang aku mahu..

melayuboleh123

Jadi, apa perancangan seterusnya untuk blog ini? Untuk buat duit? Ya, aku akan mula mencuba untuk menjana sedikit pendapatan daripada blog Melayu Boleh ini yang sedang meningkat naik menjadi high traffic blog. Agak sukar dan mungkin blog ini akan ada artikel dalam bahasa english pada masa hadapan untuk menyeimbangkan dari segi trafik walaupun kini blog ini mampu meraih trafik dari pelbagai negara. Baru sahaja 1 bulan lebih, jumlah visitor sudah hampir ke 7 ribu. Itu satu pencapaian yang memberangsangkan bagi blog baru yang hanya bergantung pada SEO yang aku lakukan. Benar seperti yang dijangka permainan SEO mampu menjana trafik yang tinggi jika kita gunakan pada tempat yang betul.

Bagaimana pulak dengan website penampan bagi keyword Melayu Boleh? Adakah blog ini membantu? Aku yakin ianya sangat membantu dan aku akan cuba menyampaikan pelbagai artikel yang berkaitan dengan gabungan pelbagai niche yang mampu menarik pembaca untuk kekal membaca diblog ini setiap hari. Maaf jika aku kurang update beberapa hari ini. Ini kerana keadaan badan yang kurang sihat. Barisan penulis yang lain juga turut sibuk dan aku juga sedang mencari penulis blog yang mampu membantu blog ini untuk kekal menjadi website penampan Melayu Boleh dalam tempoh 3 bulan akan datang. Semoga ianya akan berjaya.

Ok. Rasanya setakat itu sahaja update kali ini. Tidak banyak yang hendak aku bicarakan dan nantikan sahaja artikel-artikel terbaru yang akan ditulis oleh barisan penulis OhMelayu dot com. Semoga lebih banyak lelaki Melayu Boleh yang akan mengemari blog ini dan menjadi ingauan bagi gadis melayu boleh. Untuk peminat setia video panas Melayu Boleh. Korang memang takkan dapat cari diblog ini. Aku mintak maaf sebab tak dapat penuhi permintaan korang kerana aku dah tak minat layan video 3GP Melayu Boleh atau video Gadis Melayu. Mungkin korang lebih bagus layan video kamen rider atau One piece, bukan? Setidaknya ada banyak cerita tauladan daripada 2 video berlainan genre tersebut.

Melayu Boleh Melahirkan Seniman Lagenda dan Peguam Berbakat – Sudirman Haji Arshad

Satu lagi seniman melayu boleh yang patut korang ambil tahu jika korang merupakan orang yang dilahirkan dibumi melayu ni. Sudirman Haji Arshad. Berapa ramai antara lelaki melayu boleh dan gadis melayu boleh disini yang mengenali Sudirman? Berapa pula dikalangan korang yang tahu nama lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh Sudirman? Jika korang tahu semua tentang Sudirman, berbanggalah kerana tidak ramai orang melayu yang boleh mengetahui tentangnya melainkan melakukan ujikaji dan research tentang Sudirman. Aku juga tidak akan tahu biodata Sudirman dengan lengkap jika aku tidak mencari info tentangnya.

Tahukan korang yang Sudirman pernah bekerja sebagai peguam? Disebabkan itu beliau mendapat jolokan sebagai Singing Laywer dan Elvis in Malaysia. Fuh, bukan senang seorang peguam yang boleh menyanyi lincah seperti Sudirman dan aku sendiri tidak nampak pengganti Sudirman dikalangan penyanyi lelaki tanah air ketika ini. Apatah lagi pengganti Elvis. Nampaknya memang cuma akan ada seorang Sudirman sahaja didunia ini dan pengganti beliau masih dicari sehingga ke hari ini walaupun dah banyak program realiti diwujudkan, tapi masih takde yang best macam Sudirman..

gambarsudirman

Sedikit biodata tentang Sudirman. Beliau dilahirkan di Temerloh pada 25 Mei 1954. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Dia mengambil jurusan undang-undang ketika menuntut di Universiti Malaya. Menyanyikan banyak lagu-lagu popular yang sangat hangat seperti Balik Kampung, Chow Kit Road, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis ini dan yang paling kita akan nyanyikan setiap tahun adalah lagu “Tanggal 31 Ogos”. Wajib akan diputarkan dicorong-corong radio ataupun mp3 di handset atau pemain mp3 korang nanti. Betul tak?

Negara kita kehilangan seniman melayu boleh ini pada umurnya 37 tahun. Sangat muda dan berpotensi. Malah, Sudirman berdiri sama hebat dengan seniman lagenda P.Ramlee, Mokhtar Dahari, Tun Ghafar Baba dalam Malaysian Book of Records. Fuh, bukan calang-calang Sudirman kita nih. Beliau memang memenuhi ciri-ciri seniman Melayu Boleh yang diidamkan oleh semua orang dibumi Melayu ni. Bukan setakat menjadi penghibur, penyanyi, pelakon dan peguam. Beliau sempat buat rekod Malaysia lagi tuh. Siapalah agaknya boleh challenge beliau pada zaman sekarang nih??

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Ps: Agak-agak korang, siapa lagi seniman melayu boleh selain Sudirman dan P.Ramlee?

OhMelayu: Melayu memang Boleh Macam-macam

Jika kita lihat, hari kian berlalu dan negara yang majoritinya orang melayu ini boleh melakukan pelbagai perkara yang tidak pernah orang lakukan. Kita sudah ada orang melayu yang mengelilingi dunia, kita ada pakar internet marketing melayu, kita ada blogger melayu yang boleh buat duit dan kita ada macam-macam jenis orang melayu yang berjaya berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Aku yakin, ramai antara kita bangga dengan bangsa melayu dan juga orang melayu. Bangsa lain pun ada baiknya dan kewujudan bangsa lain mampu membangkitkan semangat persaingan antara bangsa melayu dan bangsa lain.

Malah, aku yakin juga pada satu hari nanti orang melayu boleh melakukan pelbagai perkara yang mungkin tak masuk akal termasuklah membuat lawatan sambil belajar ke planet pluto atau membuat hotel di planet marikh. Siapa tahu bukan?Dan tak mustahil juga kewujudan saintis dikalangan orang melayu yang boleh mencipta kapsul ajaib ala-ala komik Dragon ball. Kan boleh menjimatkan ruang diplanet bumi ini. Aku betul-betul harap keajaiban sains dalam komik Dragonball dan diterjemahkan pada masa akan datang dan dipelopori oleh orang melayu.

Persoalannya sekarang, benarkah orang melayu boleh melakukannya jika mereka tidak berubah dengan keadaan sekarang yang serba tak kena? Aku yakin banyak pihak mencari jalan penyelesaian dan aku juga turut mencari penyelesaian dan akhirnya munculnya blog OhMelayu ini untuk mengupas segala isu berkaitan dengan bangsa melayu, orang melayu, kemelayuan dan sebagainya. Bukan tanda protes kepada kaum lain atau bangsa lain, cuma aku bangga menjadi orang melayu yang menulis dalam bahasa melayu diblog yang ada perkataan melayu. Kita boleh lakukan jika kita mahu lakukan. Melayu memang boleh lakukan pelbagai perkara mustahil pada hari ini dan pada masa akan datang. Dengan syarat, kita yakin, kita usaha dan kita berserah kepadaNya seadanya.

Hantu Melayu: Benarkah Hantu Boleh makan Sate?

Pernahkah korang semua melihat hantu melayu? Jika ya, bila dan nyatakan peristiwa dan pengalaman korang melihat atau berjumpa dengan hantu melayu. Mesti rasa cuak dan takut bukan? Jika tak pernah, tak yah kongsikan apa-apa. Cuma aku nak bagitau korang bahawa ada hantu melayu yang boleh makan sate(satay). Punya hebat hantu melayu boleh ini sampai dia gunakan manusia sebagai bahan untuk satenya.

Kalau korang nak tahu bagaimana hantu melayu boleh ni nak buat sate. Korang boleh belajar cara nak buat sate versi hantu melayu boleh ini melalui video panas melayu boleh ni. Pasti tak menyesal punya. Hehe..

Jadi, apa macam? Sudah tahu resipe untuk buat sate dari hantu melayu boleh ni? Senang aje. Syaratnya kene pergi bertapa. Nanti, dapatlah resipe tu. Sekali aku boleh layan video panas melayu boleh dari youtube ni plak. Waktu tengah malam pula tu. Jadi, bagaimana? Sudah nampak senyuman dihati?

Ps: Korang boleh gak lihat hantu melayu boleh yang lain kat sini juga. Ini lagi dahsyat punye kes. Takde hantu melayu boleh yang makan sate. Kali ni dia naik kereta plak..

Pss: Cobaaannn!!



>