EasyAd aXverta Advertising


Tag Archive for 'who win thomas cup'

Video Panas 3GP Gadis Melayu VS Video Panas Malaysia Menang Piala Thomas?

Ini cuma 2 video panas tentang melayu boleh yang aku agak suka tengok kat Youtube baru-baru nih. Video tentang badminton jugak lah. Biasalah, orang kita memang tak dapat dipisahkan dengan badminton. Dah macam darah daging orang melayu aje aku rasa. Sebab tu kita semua mesti ada semangat melayu boleh. Bukan takat Malaysia boleh, tapi Melayu Boleh pun kena ada maa..

Ni video masa Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992. Memang best. Aku sokong terjerit-jerit dengan keluarga masa tu. Punya la seronok sangat. Lagi2 bila Razif dengan Jailani walaupun kita kalah game ke 3. Tapi kita menang balik pada set 4 dengan bergu Cheah Sung Kit dan Soo Beng Kiang. Memang syahdu siot kalau ingat balik..

Yang ni plak masa Hafiz Hashim berjaya menang untuk ALL England punya pertandingan. Ni pun tangkap lentok gak. Maklumlah, darah muda. Semangat melayu boleh Hafiz memang membuak-buak. Sayangnya, sekarang beliau tak macam masa muda dulu. Yelah,mungkin sebab dah kawin dan ada banyak benda nak fikir. Stamina pun tak macam dulu. Jadi manjang pancit je selalu. Itulah masalah orang melayu boleh. Memang masalahnya dari dulu sama sampai sekarang. Tapi aku tetap suka Hafiz sebab dia tinggi dan hebat. Antara pemain tinggi yang Malaysia ada..

Pss: Macam mana dengan perkembangan sukan badminton negara? Bagaimana pula dengan skuad pelapis negara? Dapatkan mereka merampas Piala Thomas? Adakah ianya dapat dihasilkan seperti yang kita mahukan? Itu yang kita tak pasti..

Bolehkah Malaysia merampas Piala Thomas hanya dengan semangat Melayu Boleh?

JIka cerita tentang permainan badminton, aku percaya ramai yang tahu dan hebat bermain badminton. Malah, mungkin ada juga dikalangan korang yang pernah mewakili sekolah dan daerah pada suatu masa dahulu. Aku juga pernah main badminton dan cuma setakat daerah sahaja. Itupun sudah memadai buat aku dan kini aku lihat perkembangan yang agak baik untuk sukan badminton negara. Kelibat Lee Chong Wei, Wong Mei Choo, Zakuan, Chong Tan Fok, Lee Wan Wah, Hafiz Hashim dan lain-lain lagi membuatkan sukan badminton terus meriah walaupun kita tahu sudah lama kita tak pegang Piala Thomas atau Piala Sudirman. Fuh..

leechongweipicture

Jika kita lihat, barisan jurulatih pun tak kurang hebat. Ada 2 jurulatih lelaki terdiri daripada orang melayu dan satu jurulatih import. Misbun Sidek mengetuai perseorangan negara, Rashid Sidek pula jurulatih skuad junior, Rexy pula mengetuai skuad bergu negara. Aku rasa ini satu kombinasi yang sangat hebat disamping semangat Melayu Boleh yang membara.

Tapi kenapa masih belum kita menggapai Piala Thomas. Kali terakhir adalah pada tahun 1992. Itupun dah lebih 10 tahun. Lebih tepat 17 tahun sudah kita kepingin dengan Piala keramat tersebut. Jadi, bilakah agaknya Piala Thomas akan jatuh ke negara Malaysia? Lee Chong Wei pun sudah 26 tahun. Tidak tahu bila lagi dia boleh bertahan, begitu juga dengan bergu-bergu cina dan melayu yang lain. Sampai hari ini, masih belum ada pemain badminton negara yang sangat menyerlah. Ehm, aku rasa negara kita penuh dengan pemain-pemain yang cukup hebat. Apa kata buat satu program realiti untuk mencari skuad pelapis badminton negara? Aku yakin pasti ada pemain yang cukup hebat muncul dengan program itu. Ianya lebih berbaloi berbanding dengan program-program realiti yang belum tentu ada hasilnya atau menonton video 3gp melayu boleh, bukan?

Secara jujur, aku juga teringin untuk melihat pemain badminton dari golongan melayu. Tak kiralah lelaki melayu boleh atau gadis melayu boleh. Aku mahu sekurang-kurangnya ada single melayu yang hebat seperti Rashid Sidek dan Misbun Sidek. Bagi bergu, kita sudah ada seorang bergu melayu yang cukup hebat. Tapi kita mahu lebih. Jika kita, semuanya pemain cina sahaja. Tapi tak kiralah korang cina atau melayu, jika korang hebat bermain badminton. Joinlah skuad badminton negara dan sumbanglah sesuatu. Jika bukan kerana aku tidak dapat sertai disebabkan masalah kesihatan yang memang aku tak dapat elakkan buat selama-lamanya, sudah pasti aku sertai skuad badminton negara. Confirm! Aku boleh sebab Melayu Boleh!

Harapan aku, semoga skuad badminton negara akan kekal hebat dan mempunyai semangat yang membara untuk merampas kembali Piala Thomas, Piala Uber, Piala Sudirman dan menang di Sukan Olimpik pada masa hadapan. Tak kiralah pada tahun yang ke berapa. Janji ada sekali sebelum aku menutup mata. Hehe..



>